Sabtu, 21 Ogos 2010

Kembara Fayyoum

          Pada tarikh 28 Julai 2010, usai sahaja imtihan Tahun Satu, saya mengikuti satu jaulah (lawatan) ke satu tempat yang bersejarah di Ardil Kinanah ini, iaitu Fayyoum. Disini terdapat satu air terjun yang dalam bahasa arabnya, syalalat. Jangan sangka bumi arab yang dikenali dengan cuaca panas dan padang pasir tidak ada air terjun. Buktinya, saya telah melihat dengan mata saya sendiri, bukan dengan dua mata, tetapi dengan empat mata-campur spek mata saya la...hehehe....

Sepanjang perjalanan ke kawasan tersebut, kami terpaksa melalui padang pasir yang saujana mata memandang, pada masa tu saya terfikir, kalau la aku tersesat kat padang pasir ni, agak-agaknya, ada tak orang jumpa aku...?huhuhu...nk tgk gambar padang pasir? ni haa padang pasirnya....

padang pasir yang saujana mata memandang

         Selama ni saya hanya tengok dalam gambar, kat kalendar, kat internet, kat dalam rancangan National Geographic...sekarang, Allah dah bagi saya tengok secara live...ya Allah...luasnya nikmatMu....dan ini pula gambar air terjun. Subhanallah...hati saya terdetik, kalau ikut logik akal, mana logik kat tengah-tengah padang pasir ni boleh ada air terjun...tapi itu la kuasa Allah s.w.t yang tak terjangkau oleh akal fikiran kita.

air terjun kat fayyoum
Dari kawasan air terjun, kami beredar ke Tasik Qarun. Kisah Qarun mengikut sejarahnya, dia adalah seorang lelaki yang sangat miskin yang hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu hari, dia telah meminta agar Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah s.wt. agar diberi kesenangan, dan permintaannya telah dikabulkan. Bermula pada saat itu, dia menjadi sangat kaya, namun  kekayaan itu telah menjadikan dirinya lupa pada pemberi nikmat kaya itu sendiri. Dia enggan menunaikan zakat sedangkan itu adalah tuntutan agama. Akhirnya, dalam sekelip mata Allah tenggelamkan seluruh hartanya. Begitulah azab Allah kepada orang yang derhaka padaNya, yang lalai dalam melaksanakan suruhannya. Sekali lagi saya terpegun dengan kuasa Allah...sesungguhnya, Tasik Qarun ini sangat luas...dan dikatakan itulah luasnya kawasan dan harta yang dimiliki Qarun pada suatu masa dahulu...sungguh, Allah itu Maha Kaya...Subhanallah...

Tasik Qarun
Kemudian kami bergerak ke kebun mempelam. Tapi sayang, saya tak sempat mengambil gambar kebun tersebut kerana terlalu asyik bergambar di kawasan 'Ain Syilin, satu mata air yang Allah kurniakan pada masyarakat Arab di kawasan ini.
'Ain syilin (mata air)
Destinasi seterusnya ialah kawasan kincir air. Suatu masa dahulu kincir air ini digunakan untuk mengalirkan air diseluruh kawasan Fayyoum ini, namun pada hari ini, ia hanya dijadikan tempat pelancongan sahaja. Nak tengok gambar kincir air?

kincir air
Setakat yang saya dapat dari penerangan musyrif kami, Fayyoum ini adalah satu kawasan yang kaya dengan air, sehingga kerajaan pada masa tersebut terpaksa menimbus sebahagian darinya dengan pasir. Kerja-kerja menimbus itu mengambil masa selama seribu hari yang disebut dalam bahasa Arab, Alfu Ayyam, lama kelamaan sebutannya menjadi Fayyoum. Sekian cerita Jaulah Fayyoum secara ringkas dari saya...semoga anda terhibur...(^^,)

Kisah Peperiksaan Tahun Satu Qiraat


Setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya kami menduduki peperiksaan pada 17 Julai 2010 hingga 25 Julai 2010. Dan Alhamdulillah, segala-galanya dimudahkan oleh Allah s.w.t. Result telahpun keluar...Alhamdulillah sekali lagi...kami semua lulus serta boleh naik ke tahun dua pada sesi akan datang....Ya Allah, nikmatMu tak terhitung banyaknya, namun cukupkah sekadar ucapan syukur itu yang aku ungkapkan...? ampuni dosa-dosaku, semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang kufur nikmatMu...jadikan aku dari kalangan mereka yang sentiasa mengingati serta mensyukuri nikmatMu dan menggunakan nikmatMu untuk kebaikan...amin....

Hidayah siri 2

         Benarlah hidayah itu milik Allah secara mutlak, kita manusia hanya mampu membuka laluan, berusaha menunjukkan keindahan dan kebenaran Islam dan yang menentukannya ialah Allah s.w.t. Sesungguhnya, Dia sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelaksana.

         Entry kali ini adalah sambungan dari entry yang saya post pada tahun lepas yang ber'title' hidayah, bertarikh 12 Disember 2009, Isnin. Saya akan ceritakan secara ringkas entry yang lepas kepada anda semua...dalam entry tersebut, saya  ada menceritakan mengenai seorang sahabat yang ingin kembali kepada Islam tetapi dihalang oleh keluarganya yang beragama Kristian. Saya pasti anda tertanya-tanya, kenapa ingin kembali kepada Islam? adakah dia telah Islam dan telah murtad dan ingin kembali kepada Islam...? Jawapannya, tidak sama sekali. Dia adalah seorang gadis yang beragama Kristian yang mana Allah telah campakkan hidayah ke dalam hatinya untuk kembali kepada Islam. Kenapa saya menggunakan istilah kembali? Bukan istilah masuk Islam? Kenapa? dan jawapannya adalah, Islam itu adalah agama asal bagi setiap manusia, Islam adalah agama fitrah namun yang mencorakkan anak-anak itu beragama yahudi atau nasrani adalah ibubapa mereka. Jika Islam ibubapa, maka Islam la anak-anak mereka. Jadi, bersyukurlah kita yang dilahirkan dalam keluarga Islam, hidayah Islam itu telah tersedia di hadapan mata kita, cuma menunggu kita untuk mengaplikasikannya dalam hidup...tetapi berbeza dengan mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang bukan Islam. Mereka harus mencari dan memahami Islam.

          Ermmm, berbalik kepada kisah sahabat tadi, Alhamdulillah, saya telah dimaklumkan oleh ustazah saya bahawa sahabat yang beragama kristian itu telahpun kembali kepada agama fitrahnya pada bulan Jun 2010, beliau telah memilih nama Nur Hidayah. Kita sama-sama doakan beliau agar thabat dalam perjalanan yang penuh dugaan ini...yang pasti, saya menanti waktu untuk bersua dengan beliau...tidak sabar rasanya...

          Apa yang dapat saya ambil dari kisah beliau, bagaimana beliau mula mengenali Islam. Nur Hidayah bertemu dengan sahabat saya(kini housemate saya di Mesir) dalam sebuah bas, ketika itu Nur Hidayah minta untuk menukar duit kecil, namun sahabat saya  tidak mempunyai jumlah wang yang mencukupi untuk ditukarkan, tetapi sahabat saya telah memberi duit tambang kepada beliau. Lalu beliau mengambil nombor telefon sahabat saya dengan niat untuk mengganti kembali wang tersebut. Maka dari situlah, kisahnya bermula. Dari pengamatan saya terhadap sahabat saya itu, dia adalah seorang yang berakhlak baik, lemah lembut orangnya. Jadi tidak hairan orang mudah mesra dengannya. Disini, saya boleh membuat satu kesimpulan, akhlak yang baik adalah salah satu medium yang cukup baik untuk berdakwah kepada masyarakat di luar sana. Wallahu 'alam...


update...update...update...

       Assalamualaikum semua.....huhuhu...dah terlalu lama jari-jemari ini menyepi...dah bersarang labah-labah barangkali blog saya ni...jangankan labah-labah, tebuan pun blh buat sarang beliau sekali di ruang blog saya ni...ini menandakan terlalu lama saya menyepi dari berblog...dulu keinginan berblog sangat berkobar-kobar,tapi takde la berkobar-kobar macam unggun api tu...tengok sahabat-sahabat berblog,menulis di alam maya, nak juga rasa berblog, walaupun hakikatnya saya bukanlah seorang yang mempunyai kebolehan menulis secara semulajadi.

         Selama berbulan saya menyepi, tapi bukan bermakna saya merajuk dengan bidang ni...cuma kesuntukan masa memaksa saya menghilangkan diri, jangan kata saya pergi bertapa kat mana-mana gua plak ye...huhuhu...saya masih wujud di alam ni...Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi pinjaman nyawa, jasad, iman, dan Islam kepada saya untuk meneruskan lagi perjuangan di bumi anbiya' ini...bumi yang penuh dugaan dan cabaran, yang cukup menguji kesabaran dan ketabahan jiwa seorang gadis remaja yang tak pernah berjauhan dengan keluarga seperti saya...

          Sepanjang saya menyepi, bermacam-macam kisah telah menjelma, datang dan pergi dari hidup saya. Ada cerita suka, ada cerita duka...tapi itulah tarbiyyah yang Allah garapkan dalam jiwa ini...saya percaya dan yakin ada hikmah yang terbaik yang Allah janjikan untuk saya... saya akan ceritakan sedikit mengenai kisah-kisah yang datang dan pergi dalam hidup saya dalam entry yang seterusnya...

selamat membaca...hope you enjoy yourself...keep reading... ;)