Khamis, 29 Disember 2011

musim Imtihan

Assalamualaikum...selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad saw..apa khabar sahabat pembaca semua? Semoga sentiasa dalam rahmat dan hidayah Alah swt. 

Musim Imtihan (exam) kembali lagi menemui students pengajian Islam. Adik-beradik (housemates) kelihatan busy, mengelek kitab-kitab kuliah, nota-nota sentiasa berada di tangan walau dimana berada, dalam mesyuarat, di pasar, menunggu tramco (van sewa)...dan saya, selaku student Qiraat, juga terkena tempias exam, turut sama menelaah buku, seolah-olah saya juga akan exam pada 1 januari ini. 

Selamat menempuh imtihan..semoga kejayaan imtihan dunia ini menjadi wasilah untuk berjaya dalam imtihan akhirat kelak~

bittaufiqwannajah~


cik Wardah : matan oh matan~ ^_^

Selasa, 13 Disember 2011

Sollu 'ala Nabiyy

Seronok melihat sahabat-sahabat saya yang ada blog update blog mereka. Memastikan blog di update walaupun satu entry seminggu.  Saya cuba nak jadi macam mereka, namun inilah saya. Lebih banyak tugas yang perlu di utamakan.

Hmmm..semalam, saya menjadi penterjemah merangkap tenaga pengajar buat pelajar-pelajar tahun satu Qiraat. Tugas kami penterjemah adalah membantu mereka memahami isi kitab yang totally arabic. Saya menterjemah dengan rancak sehingga tiba di bab mengapa al-Quran diturunkan secara munajjaman (berperingkat), bukan secara jumlatan wahidah (sekaligus).Tiba-tiba saya jadi sebak. Sebelum saya ceritakan mengapa saya jadi sebak, saya hidangkan terlebih dahulu rahsia mengapa al-Quran diturunkan secara berperingkat.

Pertama : Sebagai membesarkan dan memuliakan al-Quran dan orang yang diturunkan al-Quran ke atasnya, iaitu Nabi Muhammad saw. Selain itu sebagai iklan ataupun pemberitahuan kepada seluruh penduduk langit bahawa al-Quran ini adalah kitab samawi yang terakhir diturunkan kepada rasul yang terakhir, umat yang mulia dan terakhir.

Kedua : Pada awalnya al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz  ke Baitul Izzah yang berada di langit dunia secara sekaligus, tetapi dari Baitul Izzah ke Nabi Muhammad saw secara berperingkat mengikut peristiwa dan waktu yang ditetapkan. Ini merupakan cara Allah SWT memuliakan dan membezakan Nabi Muhammad dari nabi-nabi yang lain. Diturunkan secara berperingkat juga sebagai salah satu cara Allah swt menjaga al-Quran. Berbanding kitab-kitab samawi yang lain seperti Injil, al-Quran terpelihara dari di ubahsuai dan diselewengkan.

Masih banyak lagi isi dari bab ini yang nak ditulis, namun saya mengambil dua isi ini sahaja sebagai tatapan kita semua.

Mengapa saya sebak? sedangkan isi-isi ini kelihatan biasa sahaja...mesti kalian hairan. Hmm..ketika mana syeikh saya menghuraikan point yang kedua, diturunkan secara berperingkat mengikut peristiwa dan waktu yang ditetapkan. Kata Syeikh, umat Nabi Muhammad adalah umat yang paling disayangi oleh Allah swt. Jika dulu, umat Nabi Nuh as, buat salah terus Allah jatuhkan azabNya, begitu juga dengan Nabi Saleh as dan nabi-nabi yang lain. Umat Nabi Muhammad pula, Allah menegur kesilapan mereka melalui al-Quran, dan azabNya ditangguhkan. Saya jadi sebak. Nabi Muhammad saw sangat cintakan umat baginda, sehingga ajal datang menjemput, baginda masih mengingati umat yang akan ditinggalkan. Bukan ganjaran apa yang akan diterima baginda yang ditanya pada Jibril as tatkala Jibril as datang menziarahi ketika nazak, tapi yang disoal, apa yang akan diterima oleh umat baginda di hari kiamat kelak. Sayangnya baginda terhadap kita. namun sejauh mana kasih sayang kita terahadap baginda? Agak-agak dah berapa kali kita selawat Nabi Muhammad hari ni? Dengan isu terbaru yang timbul di Malaysia, video menghina Hudud Allah swt, saya jadi sedih. Benarlah sabda baginda saw, aku tinggalkan untuk kalian al-quran dan as-sunnah, berpeganglah pada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat.


cik Wardah : Hohoho...sekarang waktu ke kuliah~ ok..out dulu ye semua...mujahadah kena kuat time musim sejuk ni...walau tiada salji, angin yang bertiup sudah cukup untuk membekukan saya~ aslmkm... ^^, Jom berselawat selalu~

Isnin, 10 Oktober 2011

Dugaan lagi…


Alhamdulillah, malam ni banyak pulak idea, datang mencurah-curah. Kali ini idea-idea ini tidak akan dibiarkan berlalu tanpa perhatian sewajarnya…hehe..ayat skema tu…bila idea mencurah-curah ni, ada pulak yang datang mengacau, hehe..macam-macam kerenah adik-adik serumah ni…apa-apa pun keletah kalian penyeri hidup ini…bagai warna pelangi…






Entry kali ni, sekali lagi kita akan berbicara mengenai dugaan. Kadang-kadang kita akan dihidangkan dengan dugaan yang kita rasa kita tak mampu hadapinya, rasa nak larikan diri dari bumi ini sementara waktu, kemudian muncul kembali bila masalah tersebut hilang, rasa nak tutup enset, tanak orang ganggu kita, tanak cakap ngan sesape pun…tap itu setakat rase aje la…tak buat sebab bila difikirkan kembali, banyak lagi masalah yang akan timbul bila rasa-rasa tadi dilaksanakan…betultak? Saya rasa anda semua akan bersetuju dengan saya…kan?


Sebenarnya kan…dugaan yang Allah hidangkan untuk kita tu, memang sesuai untuk kita. Dugaan-dugaan besar yang kita rasa kita tak mampu nak pikul tu, sebenarnya sebagai salah satu langkah Allah nak sediakan diri kita untuk hadapi masalah yang lebih besar akan datang. Cuba fikir kembali, masalah besar yang kita hadapi sekarang ni, bila kita dah setelkan, kita dah lalui, kita sebenarnya telah menjadi seorang manusia yang lebih tabah dari sebelum ni, manusia yang lebih sabar, manusia yang berani membua tkeputusan..dan pelbagai lagi. Bila hadir lagi dugaan atau masalah di masa akan datang, kita akan mampu hadapinya dengan lebih tenang.
 

Agak-agak kenapa saya memilih tajuk ini lagi? Tak nak agak? Hehe…ok..saya bagitau je la ye…actually, saya baru je melalui satu fatrah (tempoh) yang sukar…dan Alhamdulillah, Allah kurniakan saya sahabat-sahabat yang sangat memahami, menjadi tempat saya bersandar, berpaut, bertongkat dan segalanya…dan sebelum ni, saya juga telah dihidangkan dengan dugaan yang sangat sukar. Alhamdulillah, untukdugaan kali ini, saya mampu melaluinya dengan tenang, mampu berkongsi pendapat dengan manusia sekeliling saya, lebih tabah…dan lebih berhati-hati, menikmati masalah dengan 2 H 1 N. Bukan H1N1 tau!!! Hehe… apaitu 2 H 1 N. HADAPI, HAYATI dan NIKMATI.


HADAPI masalah atau dugaan tersebut, bukan melarikan diri.Manusia yang melarikan diri dari masalah ini biasanya mereka akan mendapat masalah yang lain, yang mungkin lebih besar dari masalah yang pertama. Kita buat satu analogi ye…seorang pelajar mendapat tugasan dari guru, dan dia malas nak siapkan.So, esok dia ponteng kelas sebab taknak kena denda.Akhirnya, bila guru dapat tau, dia bukan sahaja di denda kerana tak siap tugasan, malahan mungkin digantung sekolah kerana ponteng, bahkan mendapat nasihat (biasanya leteran, tapi saya tak mahu guna leteran..huhu)dari parentnya….


HAYATI..apakah yang dimaksudkan disini? HAYATI, cari punca masalah, cuba selesaikan…bukan membiarkan…istilah biarlah masa menyelesaikan segala-galanya tidak ada dalam kamu smasalah. Allah tidak mengajar hambaNya agar bertawakal membuta tuli, tetapi disarankan agar berusaha terlebih dahulu.


NIKMATI…cari hikmah yang tersembunyi di sebalik dugaan/masalah tersebut…redha dengan ketentuan Allah swt..Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, kerana DIA adalah pencipta kita. Seorang pencipta kerusi lebih tahu apa kelemahan dan kelebihan kerusi tersebut, bahkan dia tahu cara untuk membaiki kerusi tersebut andai ia rosak.




Dan..sahabat-sahabat juga memainkan peranan penting tatkala kita menghadapi sesuatu masalah, terutama ketika mencari jalan penyelesaian. Sahabat yang negatif akan menyalahkan pihak lain, tanpa usul periksa apakah punca masalah, menyokong sahabatnya membuta tuli, memberikan pandangan-pandangan yang negative, tanpa membetulkan kesalahan yang mungkin terdapat pada diri sahabatnya yang menyebabkan masalah tersebut timbul.


Sahabat-sahabat yang baik pula akan bertanya dahulu punca masalah, memberi pandangan-pandangan yang positif, memberi nasihat andai sahabatnya berada di pihak yang salah, dan andai sahabatnya berada di pihak yang benar, dia memberikan pandangan yang positif tanpa menyalahkan pihak yang bersalah, bimbang ukhwah yang sedia retak menjadi semakin parah.


Setiap orang akan menghadapi masalah…tak ada manusia kat dunia ni yang tak de masalah..hatta orang gila pun ada masalah..masalah orang gila ialah gila itu sendiri, ataupun masalah yang dia hadapi sebelum menjadi gila. Bertindak dengan bijak, supaya anda tidak mengalami masalah mental..THINK POSITIVE, BE POSITIVE PERSON. J



Celoteh CikWardah : saya update blog, dikngah duk ber'adobephotoshop'…focus itu penting. Jtarbiyah Allah datang dalam pelbagai bentuk, pelbagai cara. Terimalah ia seadanya, insyaAllah anda akan menjadi manusia yang lebih hebat!

Surah Al-Kahfi


Assalamualaikum….apa khabar pengunjung blog Kembara Cintaku?Semoga semuanya sihat dan sentiasa berada dibawah limpahan rahmat dan rahim Allah SWT.



Hari ini, seperti biasa, rutin kami selepas solat maghrib berjemaah, kami akan membaca 10 ayat awal dan akhir surah al-Kahfi serta surah al-Mulk.Antara kelebihan surah al-Kahfi ialah dapat memelihara pembacanya dari fitnah Dajjal. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim dan Nasaei, dari Abu Darda' dari Nabi Muhammad saw, baginda telah bersabda : "Barangsiapa yang membaca 10 ayat akhir dari surah Kahfi, terpelihara dari fitnah dajjal." Hadis yang kedua diriwayatkan dari Muslim, Abu Daud, Nasaei dan Tirmizi dari Abu Darda' dari Nabi Muhammad saw, baginda telah bersabda, "Barangsiapa yang menghafal 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, terpelihara dari Dajjal." Dan disunatkan juga membaca keseluruhan surah al-Kahfi pada hari Jumaat, hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim, yang sanadnya sahih sampai kepada Nabi Muhammad saw, baginda bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan/dikurniakan kepadanya cahaya di antara dua Jumaat." Yang dimaksudkan di antara dua Jumaat ialah sehingga bertemu Jumaat yang akan datang. Jom! Kita terokai sedikit latar belakang surah al-Kahfi.



MENGAPA DINAMAKAN SURAH AL-KAHFI?


Dinamakan al-Kahfi kerana di dalamnya terdapat kisah ashabulKahfi iaitu pada ayat 9 - 26. Kisah ashabulKahfi ini menjadi bukti bahawa kita semua akan dibangkitkan kembali untuk dihisab (dihitung) amalan kita setelah menempuh alam kematian. Surah ini juga termasuk di antara lima surah yang dimulakan dengan lafaz Alhamdulillah, iaitu surah al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba' dan Fathir. Surah ini diletakkan selepas surah al-Isra' kerana surah al-Isra telah dimulakan dengan lafaz tasbih (subhanallazi….) dan surah al-Kahfi pula dimulakan dengan lafaz tahmid (alhamdulillah). Kedua-dua lafaz ini akan sentiasa bersama, sentiasa digunakan. Contohnya bila kita berzikir, kita akan menyebut, subhanallahwalhamdulillah.



APAKAH YANG TERDAPAT DALAM SURAH INI?


Di dalam surah ini terdapat tiga kisah utama, iaitu kisah ashabulkahfi, ayat 9 - 26. Mengisahkan tentang pengorbanan beberapa orang mukmin yang berusaha mempertahankan akidah mereka dari raja yang zalim, lalu membawa mereka ke sebuah gua.Allah menidurkan mereka selama 309 tahun, kemudian dibangkitkan untuk dijadikan dalil bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menghidupkan dan mematikan. Ketika itu, masayrakat tidak percaya bahawa mereka akan dibangkitkan kembali setelah mereka mati.



Kisah kedua ialah, Nabi Musa dan Khidir pada ayat 60 - 78. Memaparkan tentang adab menuntut ilmu.



Kisah yang ketiga pula ialah, kisahZulqarnainpadaayat 83 - 99. Mengisahkan tentang kebijaksanaan seorang hamba Allah yang bersandarkan taqwa, adil dan soleh.



Selain itu terdapat juga kisah-kisah lain, antaranya, pada ayat 45 - 46. Ayat ini menceritakan tentang hakikat dunia yang sementara, sebagai tempat persinggahan bagi orang mukmin. Juga balasan bagi orang mukmin yang beramal soleh akan mendapat ganjaran yang lumayan iaitu Syurga. Banyak lagi yang diceritakan dalam surah ini...



 
Celoteh cikWardah : Belajar baca kitab arab… bekalan kat tepi, kamus Miftah, pensel, pemadam, dan jangan lupa..secawan kopi Radix..thanks to angah yang sudi buatkan.. :D tapi…matan Qiraat dah abis hapai ke cikWardah??? Hehehe…ok…sat, nak sambung hapai matan..sehingga jumpa lagi…sayonara!!!

Isnin, 3 Oktober 2011

Ahlan siswi baru Takhassus Qiraat sesi 2011/ 2014

Assalamualaikum...apa khabar tetamu blog Kembara Cintaku? Tak perasan dah lama rupanya saya tak update blog ni...sekejap je masa berlalu...hari ni berpeluang blog walking ke blog sahabat-sahabat blogger, baru la perasan my last post adalah 2 bulan yang lepas...aduh! saya terlopong sendiri. nampaknya tak tercapailah target saya nak jadi macam Us Hasrizal yang popular dengan nama Saifulislam ataupun Abu saif tu...huhu...cita-cita ada, tapi usaha takde...jika bukan kita yang berusaha mengubah diri sendiri, siapa lagi? kalau bukan sekarang, bila lagi? kan? sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah ar-Ra'd ayat 11, "....Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri...".

Entry saya kali ni bukanlah untuk berbicara mengenai tafsir ayat tersebut, cuma sebagai mukaddimah kepada apa yang bakal saya sampaikan. Mengikut tajuk entry kali ni, saya mengucapkan selamat datang ke Bumi Kinanah kepada siswi baru Takhassus Qiraat yang berjumlah seramai 25 orang. Kalian adalah penyambung rantai perjuangan kami di bumi Mansurah ini.

Kepada adik-adik yang saya sayangi, saya menyeru kalian untuk betulkan niat masing-masing, datang ke Mesir untuk menuntut ilmu demi Allah SWT, untuk menghilangkan kejahilan diri serta untuk disampaikan kepada masyarakat. Kita adalah duta masyarakat Malaysia, wakil yang dihantar oleh rakyat Malaysia secara tidak langsung untuk mendalami ilmu agama, maka menjadi satu kemestian ilmu yang diperolehi itu disampaikan kembali kepada mereka. Sesungguhnya tugas menyampaikan ilmu itu merupakan satu sunah yang telah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah saw. Jangan sia-siakan masa kita di bumi yang terkenal dengan gelaran kiblat ilmu ini. Penuhi ilmu didada namun persatuan jangan ditinggalkan, kedua-duanya perlu bergerak seiring. Hadapi segala cabaran dan dugaan dengan sabar. 

Selamat berjuang di bumi Mesir!


cik Wardah : The difference between school and life..In school, you're taught a lesson and then given a test. In life, you're given a test that teaches you a lesson.- copy dari status sahabat kat fb- hehehe... :)

Khamis, 14 Julai 2011

Tarbiyah Allah itu ada dimana sahaja..buka hati, celikkan minda...

          Setelah sekian lama meninggalkan blog ini...kadang-kadang idea ada, tapi jari ini terlalu malas untuk menaip, dan kadang-kadang bila jari rajin, idea pula yang malas muncul...bukan itu sahaja, masa juga memainkan peranannya...heh~ alasan ni...bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih....

        Alhamdulillah..akhirnya Allah datangkan sesuatu untuk saya hidangkan untuk entry terbaru ini...TARBIYAH...sudah banyak kali kita mendengar kalimah ini...apa itu TARBIYAH??? makna Tarbiyah secara umumnya ialah didikan. 

       Buah tangan yang Allah beri dalam bentuk tarbiyah ini ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat yang saya sayangi...

      Setelah berkampung di Hayyu 'Asyir, Asrama pelajar Terengganu Kaherah (KPT atau lebih sinonim BKAN Terengganu) selama 4 hari 3 malam, menemankan sahabat yang  menduduki peperiksaan Markaz Lughah (kelas Bahasa Arab), akhirnya kami berdua pulang ke bumi Mansurah pada hari Rabu, 13 Julai 2011. Tercatat satu sejarah yang manis dalam hidup saya. 

      Perjalanan pulang ke Mansurah pada mulanya berjalan dengan lancar. Dari Souq Sayyarat, kami mendapat khidmat tramco (van sewa) dengan mudah, kemudian sampai ke Ramsis, stesen bas, beli tiket. Dapat sebuah bas yang agak selesa, aircondnya bagus, menepati citarasa saya, maklumlah, sekarang ni musim panas, suhu kadang-kadang mencecah 35 darjah celcius. Aircond  dan kipas menjadi satu kemestian. Perjalanan kami bermula jam 3 petang. Setelah dua jam perjalanan bermula, tibalah masa sejarah terukir, tarbiyah yang Allah nak sampaikan pada saya. Jam di handphone  saya menunjukkan pukul 5 tepat. Serentak dengan itu juga, enjin bas mati. Ammu (pakcik) driver cuba menghidupkan enjin, cubaan pertama beliau berjaya. Bas meneruskan perjalanannya, raut wajah penumpang rata-rata memaparkan kesyukuran. Tapi, kegembiraan kami tidak bertahan lama, selang beberapa minit, enjin bas mati lagi. Aduhhhh...saya mengeluh sendiri. Kemudian berkata kepada sahabat disebelah, " Macamana ni?? kita kena sampai sebelum maghrib...jom turun nak...ramai je arab turun ni..panas duk dlm ni..." Kami turun dari bas, kelihatan beberapa orang penumpang arab yang turun lebih awal dari kami, telah mendapatkan tramco (van sewa). Lalu saya dan sahabat membuat keputusan untuk mengikut jejak langkah arab-arab tadi. Fuh...masa ni memang tawakal la...kami berdua sahaja penumpang Malaysia bas tersebut. Bayangkan...kawasan tu plak, kawasan sungai Nil, tiada kedai, bukan pekan...yang ada hanya kenderaan lalu-lalang. Saya cuba bertanya pada makcik arab yang duduk sebelah saya, macamana nak ke Mansurah dari situ...dan jawapannya sangat menghairankan saya, aku tak tahu...engkau tahu ke macamana nak ke Mansurah dari sini? (mungkin dia tanya saya kembali sebab dia nampak saya angkut semua barang-barang saya turun dari bas). Akhirnya, saya dan sahabat ikut la Mak cik yang seorang lagi, yang ada anak lelaki dalam lingkungan 10 tahun. Ada seorang pemuda bersama kami menahan sebuah tramco, dan tramco tersebut menawarkan Le 10. Arab dalam kelompok kami sepakat tak terima. Semua kata mahal. Aduhhhh...saya merungut, 10 genih je pun...tu pun berkira. Tunggu lagi. Beberapa minit kemudian, muncul sebuah mini bas, dia menawarkan untuk hantar kami ke sebuah tempat bernama Midgham, disitu ade tramco yang akan hantar kami ke Mansurah. Bayaran ke Midgham hanya Nus  genih(50 sen). Dari tempat bas rosak ke Midgham mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit. Setibanya di Midgham, ade tiga buah tramco yang sedang menanti penumpang yang akan ke Mansurah. ketika itu saya bersyukur yang amat. Dari Midgham ke Mansurah, bayarannya pula sebanyak Le 2.00 (duit Malaysia dalam Rm 1 kot..) perjalanan mengambil masa 30 hingga 40 minit. Tramco ini berhenti di Sandub, dari  Sandub, kami naik tramco lain pula untuk ke Utubis Jadid, balik ke Markaz HEWI. Kami tiba di Markaz HEWI pada jam 6.50 petang. 

         Sepanjang perjalanan dari Midgham ke Mansurah saya berfikir, ada  sesuatu yang Allah nak sampaikan sebenarnya. Pertama : Allah nak ajar jiwa saya supaya banyak berkorban, korbankan harta, jiwa, masa untuk tegakkan Islam. Sebagaimana, saya kena korbankan masa (bas rosak, tunggu bas di baiki, tunggu tramco lain..), korbankan harta (duit tiket bas, duit tambang tramco-tramco lain..), korbankan jiwa (letih, penat, semua ada..), itulah yang harus saya laksanakan andai ingin Islam tegak di bumi Allah ini. 

Kedua : Hidup ini banyak perhentiannya. Andai tersilap pilih jalan, maka tersesatlah kita. Sebagaimana saya, yang perlu melalui perhentian-perhentian (tempat bas rosak-Midgham-Sandub-Utubis Jadid), kemudian perlu memilih tramco yang betul agar sampai ke destinasi yang betul, begitu juga dengan hidup ini. Pilik sahabat yang baik, yang mampu memimpin kita menuju cinta dan Redha Allah, pilih cara hidup Islam agar Syurga Allah itu menjadi milik kita.

Ketiga : Andai tidak tahu sesuatu perkara, tanya la...ringankan mulut anda. Malu biar bertempat. Laksanakan sesuatu perkara atas dasar faham, bukan taklid semata-mata. 

Keempat : Ukhwah islamiyah itu penting. Sebagaimana Makcik Arab yang ada anak lelaki tadi, beliau sentiasa pastikan kami mengikuti mereka. Begitu juga beberapa orang pakcik, yang memberitahu kami, tramco mana yang akan ke Mansurah. Sikap yang sangat saya bangga pada orang Arab, sangat suka tolong menolong sesama mereka yang kesusahan. Walaupun kami orang Malaysia, kami tidak ditinggalkan di belakang. Terima Kasih. 

Kelima : Sabar. 

Keenam : Tawakal (berserah kepada Allah swt.)

Ketujuh : Nak jadi daei' ni bukannya mudah, banyak dugaan dan ujian yang akan menyertai kita sepanjang perjalanan tersebut, so, dekatkan diri dengan Allah swt agar diberi kekuatan untuk melaluinya. 

dan sebelum melalui tarbiyah ini, saya terlebih dahulu di uji oleh Allah swt, berita ibunda tercinta dimasukkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah...hati sudah duka, namun Allah datangkan lagi tarbiyah ini, syukur, Alhamdulillah, jiwa saya mampu menghadapi berita tersebut dengan lebih tabah dari sebelum ini. Saya tahu, Allah sayangkan saya, juga anda semua. Percayalah, setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita ni, tidak kira gembira atau sedih, marah atau kecewa, semuanya ada hikmah, yang mana, setiap satunya mempamerkan kasih dan cintanya Allah pada kita, tak pernah kurang walau sezarah sekalipun.

Banyak lagi yang boleh saya ambil iktibar dari perjalan ini..namun setakat ini dulu perkongsian saya dengan anda...mata sudah mengantuk, jari jemari sudah penat, otak sudah letih...sehingga jumpa lagi...wassalam...


cik Wardah said : bila la nak habiskan baca buku Fanzuru : lihatlah : lagit ilahi 3 : karya Hilal Asyraf....???


Ahad, 15 Mei 2011

apa itu Hari Nakba??? orang Islam wajib tahu!!!


Peristiwa Nakba yang menimpa Palestin 63 tahun yang lalu harus menjadi pengajaran yang penting bagi umat Islam sedunia.

Tanggal 15 Mei 1948, merupakan tarikh yang harus dipatri ke setiap jiwa-jiwa umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Tarikh keramat ini merupakan detik hitam bagi seluruh penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan penduduk dunia Islam secara keseluruhannya.

Tanggal 15 Mei 1948 adalah tarikh bagi penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin secara rasmmi yang didokongi sepenuhnya oleh  Amerika
Syarikat. Tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik (Etnic Cleaning) iaitu tige per empat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediamannya.

Athur Belfour

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha Negara Hal Ehwal Luar Negara, Athur Belfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengistiharaan itu telah digelar sebagai Ominus Declaration (Pengistiharaan Celaka).

Pelbagai cara untuk mendapatkan semula hak-hak rakyat Palestin setelah diYahudikan negara mereka oleh rejim zionis.Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan dan sebagainya tetapi usaha-usaha itu telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba menabur label pengganas itu diserata dunia dengan menggunakan segala media agar dapat mengaburi mata masyarakat.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini, sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah. Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan, Lebanon dan Syria.

Sudah 60 tahun, ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan. Mereka berada di tengah–tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati.Orang–orang tua mereka diusir keluar dari tanahair, lelaki mereka dikelar dan ditembak mati, wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya. Kanak–kanak mereka diletupkan, rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan.

Zionis Yahudi mencabul Masjidil Aqsa, meletupkan pejuang–pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata. Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam, Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain–lain telah menemui syahid dihujung senjata Zionis Yahudi Laknatullah.

Para mujahid dan pemuda–pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya, dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan laksana binatang, bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .

Mari kita renungkan angka yang menyedihkan ini. Di saat ini sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan, kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah, kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.

Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi. Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel. Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.

Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan. Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih, tiada ubatan, tiada makanan dan sanitasi yang sempurna.

Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza.

Demikian kezaliman dan kekejaman Israel. Tepat seperti yang digamnbarkan dalam Firman Allah S. W.T:

“Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah (Musyrikin)” . Al Maaidah : Ayat 82

Pada Julai 2005 , Kesatuan Pekerja Palestin termasuk 170 pertubuhan Palestin yang lain, parti-parti politk dan organisasi-organaisasi masyarakat telah menganjurkan boikot global , mengeluarkan semua pelaburan dan sekatan ekonomi ke atas Israel seperti yang pernah dilakukan ke atas Afrika Selatan.

Seruan ini mendapat sokongan masyarakat terutama di Eropah , AS dan Kanada sendiri. Pengguna telah memboikot barangan Israel dan ahli akdemik memboikot universiti-universiti Israel .

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik  rakyat Palestin sahaja, Baitulmqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjid Aqsa bukan milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat.Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat.Oleh itu, hak perjuangan untuk membebaskannya dari tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

sumber : Maqaz Shoubra

Selasa, 10 Mei 2011

Tabahlah hati, teguhlah jiwa


Saat bergelut dengan imtihan yang memerlukan buku-buku sebagai rujukan, hati dan jiwa saya juga turut diuji dengan imtihan yang memerlukan Allah dan al-Quran sebagai rujukan serta terapi. Seperti biasa malam sebelum exam, saya akan telefon ke Malaysia, memaklumkan saya akan exam pada keesokkan hari dan minta doa restu dari ayah dan bonda, dan semalam, bonda tercinta mengkhabarkan bahawa dia tidak sihat....aduhhhh..jiwa anak mana yang tidak meruntun...mendengar suaranya yang lemah sudah cukup melemahkan jiwa saya....Allah..Allah...Allah....sepanjang malam semalam, saya study bertemankan airmata, juga hari ini, membawa hati yang mendung ke dewan peperiksaan, namun wajah tetap ceria, saya tidak mahu wajah yang sedih ini menganggu emosi rakan-rakan yang lain. Selesai sahaja exam, saya pulang ke rumah sebentar sebelum menemani sahabat saya ke bank dan urusan-urusan lain. Saya pulang kembali ke rumah pada jam 5.30 petang, masuk ke bilik, dah air mata mengalir lagi...bukan saya pinta, ia mengalir sendiri...

Ya Allah, kuatkan hati ini, teguhkan jiwa ini...ya Allah, berikan kesihatan yang baik pada kedua ibubapaku...amin ya Rabb...

izzah : cuba untuk fokus pada madah yang akan datang- ulum al-Quran : 14 mei 2011

Ahad, 24 April 2011

Jadual Exam mahasiswa/wi Qiraat tahun 1 dan 2

7 Mei 2011 - 9.00 - 11.30 pagi - Qiraat Ilmi

10 Mei 2011 - 11.30 - 1.00 ptg - Rasm al-Quran

14 Mei 2011 - 9.00 - 11.00 pagi - Ulum al-Quran

15 Mei 2011 - 9.00 - 11.00 pagi - al-Quran tahriri
                       - 11.30 - 1.00 ptg - Fawasil al-Quran

Bittaufiq wannajah....doakan kami semua najah sofi... =)


Rabu, 13 April 2011

Musim Exam bagi students Qiraat


Hmmm..exam datang lagi!!!! Dijangka 20 April 2011 adalah exam Syafawi bagi matapelajaran Qiraat dan al-Quran. Pastinya ia sangat mendebarkan jiwa-jiwa mahasiswa dan mahasiswi Qiraat di Shoubra dan Mansurah...termasuklah saya....semoga kita semua najah sofi..bittaufiq wannajah... doakan kami semua berjaya...  (^_^)

Pesan saya, jangan stress, jangan tertekan, hadapinya dengan tenang..jangan lupa bawa kernih... keep smiling... (^____^)

Izzah : ngadap matan Qiraat~ waktu untuk berehat seketika dari berblogging..hehehe...

Terima Kasih Ibu Ayah

            Tarikh 10 April 2011, genaplah usia saya 23 tahun. Wall facebook  saya dihiasi dengan ucapan-ucapan sanah helwah dan  happy birthday...pelbagai doa dari anak saudara, sahabat-sahabat di Malaysia dan Mesir, ustaz-ustazah ketika belajar di maahad,  bahkan inbox facebook juga menjadi sasaran mereka..inbox email yahoo  jadi penuh dengan notification dari facebook. Lenguh jari jemari saya membalas satu persatu ucapan-ucapan tersebut. Jazakumullahu khairan kathira...terasa diri dihargai dan ada yang menyayangi ( terharu dengan perhatian dari mereka semua... (T_T)....). Parent  juga tidak ketinggalan menghantar sms sebagai pengganti diri.

            Jam 12.00 tengahari (waktu Mesir), saya telefon ke Malaysia. Suara ibu tercinta kedengaran, hati tiba-tiba terasa sebak, rindu mengetuk pintu hati saya. Saat ibu bertanya, " Nak hadiah ape birthday kali ni???" Saya diam. Hati menjawab, cukuplah kasih sayang dan kesabaran kalian mendidik, mengasuh dan menjaga diri ini selama 23 tahun.

            Adik beradik usrah pula membuat kejutan dengan menyambut ulangtahun kelahiran saya dua hari lebih awal di al-Baik (restoran Fried Chicken..ala-ala KFC gitu...). Saya memang terkejut. Terima kasih adik beradikku semua...walaupun sibuk nak study exam yang akan datang, kalian masih sempat menyambutnya. Juga housemate saya yang membuat kejutan tepat jam 12 malam. Terima kasih atas kek coklat yang sedap itu.. (^^,)...

            Namun, segala kemeriahan yang tercipta tetap tidak mampu menghilangkan hakikat semakin bertambah usia, semakin dekat dengan kematian. Sebagai muhasabah diri, saya bertanya kepada diri sendiri, selama saya hidup 23 tahun ini, sudah cukupkah amal ibadat saya andainya Allah swt menjemput saya? atau adakah dosa saya melebihi amal soleh saya? terseksakah atau bahagiakah saya di alam kubur?  dan..selama 23 tahun ini, apakah yang telah saya sumbangkan untuk Islam?

Izzah : Kagum dengan Imam Hasan al-Banna, walau singkat hidup di dunia, namun sumbangannya terhadap Islam masih hidup sehingga kini. Juga Sultan Muhammad al-Fateh, mencipta sejarah di usia yang sangat muda.

Ahad, 3 April 2011

Lemahnya...

            Cuaca masih sejuk-sejuk manja, hujan turun sekejap membasahi bumi Mansurah, saya masih dalam mood demam selesema, demam pun manja-manja je, takde la teruk sangat pun. Vitacid perisa limau dah pun selamat di dalam usus saya. Namun, kepala masih terasa berat. Hujan yang turun sekitar jam 12 tengahari sedikit sebanyak menyokong niat saya untuk tidak menghadiri kuliah hari ini.

            Tepat jam 1.07 mint petang, sahabat saya, kak Syuhada menghantar pesanan ringkas (sms), " Achik ( panggilan manja saya ), cm biasa, 1.25 ye ." Bermula semalam saya ke kelas bersama-sama Kak Syuhada memandangkan rumah kami berdekatan. Kelas bermula jam 1.30 petang. Niat di hati memang nekad nak berehat di rumah, namun sms kak Syuhada sedikit sebanyak menggoyahkannya. Akhirnya, saya pantas bergerak, iron baju dan bersiap secepat yang mungkin. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur Allah gerakkan jari-jemari Kak Syuhada untuk menghantar sms tersebut, jika tidak, saya pasti tidak tahu kalimah بيوتكم dan بيوت dalam ayat 80, surah an-Nahl dibaca dengan baris bawah huruf ba' bagi Imam Qolun, Imam Syu'bah, Imam Ibnu Kathir, Imam Ibnu 'Amir, Imam Hamzah dan Imam Kisaei.

         Inilah manusia (saya sendiri la kan?)...baru sikit ujian, dah mengalah. Allah baru uji dengan demam dan hujan yang tak seberapa, semangat pun jatuh. Macamana nak jadi umat Islam yang cemerlang ni? Nabi Muhammad saw telah di uji dengan pelbagai dugaan, antaranya dilempar batu ketika berdakwah di Thaif, namun baginda tidak pernah putus asa. Lagi, Baginda saw diejek, di hina, di katakan gila, ahli sihir, namun, Baginda langsung tidak tergugah dengan dakwaan-dakwaan itu. Dakwah Islamiyyah tetap di teruskan. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, ahli keluargaku, sahabat handaiku, guru-guruku serta mujahidin dan mujahidat samaada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Amin...

         hmmm...bau sup ayam dari dapur sedang memanggil saya untuk makan malam...sehingga jumpa lagi...yang baik itu dari Allah yang Maha Sempurna...segala yang kurang dari diri saya yang lemah ini...

Wallahua'lam...wassalam... ;)

        

Jumaat, 1 April 2011

April Fool

Mungkin post saya yang ini agak terlewat, namun lebih baik ada dari tiada langsung...betul tak? Sebaik sahaja melangkah masuk ke tarikh 1 April, pasti terbayang perkataan April Fool. Jika Februari popular dengan Valentine's Day, April pula popular dengan April Fool. Apa sebenarnya April Fool? Secara Umumnya, April Fool ialah satu hari mempermainkan sahabat, ahli keluarga atau sesiapa sahaja dengan niat untuk mengetawakannya atau mengenakannya.

Okey, kita lihat apa kata ulamak berkenaan hal ini. Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:    

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan :

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
 

Apa pula kaitan April Fool dan Sejarah Islam? Hmmm...mari kita baca yang seterusnya. 
 
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol.Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakannya, seolah-olah orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. 

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”
 

renung-renungkan...dan selamat beramal... ;)




welcome back to Egypt

            Apa khabar sahabat-sahabat semua? Hmmm...welcome back to Egypt buat semua sahabat-sahabat saya...selamat menyambung kuliah yang tergendala. Cuaca di Mesir masih terasa sejuk, sejuk-sejuk manja je, tak la sejuk sangat. Alhamdulillah, perjalanan dari Kuala Terengganu-KLIA-Cairo berjalan dengan lancar. Terima kasih pada semua yang terlibat terutama ahli jawatankuasa khas Penghantaran Pulang Mahasiswa/wi Terengganu ke Mesir.

           Sedikit cerita saya mengenai negeri kelahiran saya, Terengganu Darul Iman. Lebih kurang setahun setengah saya meninggalkan bumi Kuala Terengganu, tidak banyak perubahan yang berlaku. Ada berlaku sedikit perubahan yang saya senangi, seperti penambahan jalan alternatif yang cukup indah ke Pasar Besar Kedai Payang melalui belakang Kampung Cina.  Juga, apa lagi ya? hmmm..juga penambahbaikan kawasan bot penambang dari Pasar Besar Kedai Payang ke Seberang Takir. Saya suka dengan binaannya. Cantik. Sayang sekali, saya tidak sempat merakamkan pemandangan yang indah itu. Itulah, sikap suka bertangguh, pada Nabi s.a.w telah berpesan, jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu menunggu waktu petang...sehingga akhir hadis. Saya sangkakan waktu masih panjang, sempat la saya merakamkan pemandangan-pemandangan tersebut, namun, jangkaan saya meleset.

           Selain itu, saya sempat juga melawat Institut al-Quran Terengganu, tempat jatuh bangun saya ketika menghafaz al-Quran. Ada tambahan bangunan. Juga jalan susur ke asrama perempuan belakang(bangunan asrama diploma) telah di tambah atap. hmmm...sambil berjalan-jalan kat asrama diploma, mata saya terpaku pada sepohon pokok bunga raya. Bunganya sekuntum cuma. Saya sedikit menjerit kepada sahabat yang menemani saya pada hari tersebut, "Kak Imah, bukan ni ni pokok yang saya tanam masa semester 6 dulu? subhanallah..hidup rupenye pokok ni..". Kak Imah juga seperti terkejut, " Ye la Izzah..kiranye dah hampir dua tahun la pokok ni umurnya...". Dulu, ketika saya masih belajar disitu, saya dan sahabat-sahabat serta beberapa senior suka menanam di kawasan hadapan asrama. Antara pokok yang di tanam, : Pokok Ulam Raja, Pegaga, Pokok Beri, Pokok Roselle, Pokok betik (yang akhirnya tumbang kerana angin kuat pada musim hujan.), dan pokok bunga yang berkenan di hati la...such as roses and hibiscus. Saya sempat merakamkan beberapa keping gambar, namun kerana line yang sangat slow, maka tak dapat la saya nak upload. huhuhu...

Sekian dulu dari saya...wassalam.. ;)




Rabu, 16 Februari 2011

saya & Mesir bahagian 2

sambungan 28 Januari 2011,

antara barang yang dibeli
Tengahari Jumaat, mendapat maklumat akan berlaku rusuhan besar-besaran untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, dijangka harga barang akan naik dan berlaku kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan. Semua mahasiswa/wi dinasihatkan untuk membeli bekalan makanan bagi tempoh masa yang panjang..Ahli Bayt (Rumah yg saya tumpang tinggal kat BKAN Terengganu) keluar ke Gami' membeli bekalan makanan seperti gandum, gula, minyak dan telur.

3 Feb 2011,
Khamis


Setelah berfikir sedalam-dalamnya, akhirnya saya mengambil keputusan utk pulang ke mansurah kerana passport sahabat saya Farah dalam simpanan saya. Juga untuk pulang mengemas barang dan rumah. Tuan Rumah telah menyatakan persetujuannya kepada kami supaya sewa rumah bank-in dari Malaysia.


4 Feb 2011
Jumaat


jam 7.30 pagi, menghadiri perjumpaan di Dewan Persada Jazirah al-Ward, DPM Mansurah untuk sedikit taklimat sebelum bertolak ke Iskandariah. Taklimat disampaikan oleh Us Zahimie, selaku Pengerusi DPM Mansurah.


jam 4 petang, menerima panggilan dari Nor Nadiah, UDPI HEWI, memaklumkan saya agar dapat bermalam di Bayt Jannatulmakwa bagi memudahkan urusan ke Iskandariah esok pagi.


5 Feb 2011
Sabtu


jam 3.30 pagi, bangkit dari tidur, bersiap dan turun ke bawah. bertolak ke Iskandariah pada jam 4 pagi. Suasana dirasakan sangat sayu, ammu driver memainkan bacaan surah Yusuf. Air mata saya menitis, setitis, dua titis...sedih hati terpaksa meninggalkan bumi Mansurah tercinta. Mesir telah sebati di jiwa dan hati saya.


lebih kurang jam 10 pagi, tiba di Bangunan Asrama MARA, Iskandariah. menginap selama 2 hari.


7 Feb 2011,
Isnin.


jam 2 30 pagi, bertolak ke Airport Iskandariah. jam 6 pagi, berlepas ke Jeddah menaiki Flight Charlie, TUDM, bersesak-sesak. huhu...satu pengalaman yang amat manis yang akan saya kenang..insyaAllah.

Charlie, TUDM
tiba di airport Jeddah tepat jam 9 pagi (waktu mesir)-10 pgi(waktu Arab saudi)- 2 ptg (waktu malaysia). jam 5.30 ptg, masuk ke Madinatul Hujjaj, bilik A 219. bersama dengan kak tonah, kak min, kak nabila, kak fadhilah, kak hanan, kak iffah dan zainabah.

berjumpa dgn sahabat abang ipar, dapat simkad arab saudi...memang tepat pada waktu la..sebab simkad mesir(etisalat) dah abis kedit...huhuhu..
thanks to him...(dengar citer, dia dah cari saya sebelum saya sampai di jeddah lagi...huhu...)

8 Feb 2011
selasa

birthday adik..terlupa nak wish sampai ari ni (10 feb), tp takpe, dah beli present utk adik tersayang. token tuk flight dah dapat,no 7318..huhu...still tak tahu bila tarikh sebenar nk blk mesia...student medic dah ramai yg balik..kebanyakkannya beli tiket sendiri kerana tidak sanggup tunggu giliran...huhu...

13 feb 2011
ahad

menaiki Malaysia airlines (MAS) pada jam 6.45 ptg, seat 42 A.

14 Feb 2011
Isnin




Tiba di KLIA jam 8.45 pagi. Ada sedikit press conference, disambut oleh Dato Jamil Khir dan wartawan sekeliannya.huhu..sangat penat rasanya. dijemput oleh sahabat baik saya, menginap di rumahnya di Putrajaya sebelum ke rumah kakak di Cheras.


Dato' Jamil Khir dan delegasi.



antara reporter yang hadir