Sabtu, 13 Julai 2013

Novel Pelangi itu milik kita : Prolog dan Bab Satu

PROLOG

“Alhamdulillah” Dia berbisik perlahan sebaik sahaja kapal terbang yang dinaiki memasuki ruang udara bumi Malaysia. perlahan bibir mengukir senyum. Wajah-wajah yang tersayang segera menerpa ruang minda. Juga, wajah si dia yang ditinggalkan di bumi Mesir, turut sama bermain di ruang minda. Sedikit kehilangan terasa di ruang jiwa.

“Ahhh..biarlah..lagipun hanya aku yang tahu perasaan ini.” Dia mengenggam erat jari jemari. Pak cik di sebelah sudah bersiap sedia, melipat kain selimut Saudi Airlines.

Seketika kemudian, kapal terbang mendarat dengan selamat di Kuala Lumpur International Airport. Selesai mengambil beg dan barang-barang lain di ruangan luggage, dia melangkah perlahan ke ruang menunggu. Kelihatan dari jauh adik bongsu melambaikan tangan, di sebelahnya, ibu dan ayah tercinta melemparkan senyuman kerinduan. Tangan ibu dan ayah dikucup, dipeluk tubuh mereka dengan erat, tanda kerinduan yang menggunung tinggi. Tiga tahun hidup di rantauan, pastinya menguji perasaan.

Perlahan-lahan kereta Toyota Vios hitam meninggalkan perkarang KLIA. Masing-masing sibuk bercerita, bertanyakan soalan dan pelbagai lagi. Dalam keriuhan melayan kerenah adik beradik, fikirannya tetap terbang ke bumi Mesir. “Apakah perasaan dia setelah aku pergi dari mesir? Adakah sama seperti aku? Rasa kosong dan kehilangan.”

“Wahai hati..cukup! berhentilah berharap. Dia tak pernah tahu, dan takkan pernah tahu. Cuba terima kenyataan itu. Kau hanya bertepuk sebelah tangan.”

“Kakak…” Panggilan sang ibu memecahkan mimpi dia. Menoleh kea rah ibu yang berada di sebelah ayah yang sedang  memandu.

“Minggu lepas, kawan ibu ada tawarkan kerja di sekolah tempat dia mengajar. Nak tak? kalau nak, buat resume. Hantar pada dia.” Dia diam cuma. Aduh, nampaknya tak sempat la dia nak goyang kaki dua tiga bulan lagi…nafas ditarik sedalam yang mungkin.

Suasana di dalam kereta kembali sepi, adik-adik dan ibu tenggelam di dalam lena, hanya ayah yang setia memandu. Perjalanan ke Kuala Terengganu ditemani lagu-lagu nasyid dendangan in-team, unic dan Rabbani. Sesekali ayah menukarnya dengan zikir terapi dendangan Hafiz Hamidun. Najlaa melemparkan pandangan ke luar tingkap. Terasa janggal berada di negara sendiri. Melayu, India, Cina dan pelbagai warganegara asing, Bangladesh, Indonesia, Myanmar…Nafas ditarik sedalam yang mungkin.

Khayalannya terbang ke bumi Mesir lagi. DIA…ahh…peritnya memendam perasaan. Najlaa meraup wajah, cuba menghilangkan bayangan lelaki itu. Ya Allah, bantulah aku untuk lupakan rasa itu…dia tak pernah tahu…dan mungkin takkan pernah tahu…bantu aku ya Allah,,aku tidak mahu rasa sakit ini…perlahan matanya rapat.lena.

*******************************

BAB SATU

 

Ermmm…sejuknya, Najlaa menarik baju panasnya rapat ke tubuh. Menyidai kain baju yang siap dibasuh di ampaian pada pagi musim sejuk sangat mencabar. Angin yang bertiup dingin menyapa ramah, kadang-kadang bertindak ganas juga. Jiran arab yang tinggal di hadapan rumahnya, masih lagi tidur barangkali. Kawasan kejiranan itu juga sunyi sepi. Beginilah rutin masyarakat arab pada musim sejuk. Hibernate!

Selesai di ampaian, dia menapak ke ruang dapur. Bau nasi lemak memenuhi ruang. Kelihatan Kak Ina rancak memotong timun menjadi kepingan-kepingan nipis. Sesekali mengacau sambal bilis di dalam kuali. Najlaa tersenyum sendiri, teringat kenangan setahun yang lalu. Salah seorang ustaz di Maahad Tarbiyyah dan Tahfiz berpesan, belajar-belajar la makan roti, kat mesir tiada beras kalau nak makan nasi. Dia terlopong. Macamana hantu nasi seperti dia nak hidup di bumi Mesir nanti. Namun akhirnya terjawab di pagi hari pertama dia di Mesir, Kak Ina sebagai ketua rumah menyediakan nasi lemak!!!

“Hah..tu yang senyum sorang-sorang tu,,,kenapa? daripada awak senyum-senyum tu, meh sini tolong akak hidangkan breakfast ni…” Kak Ina bercekak pinggang, pura-pura marah.

“Alahai..mak tiri dah mula membebel dah…” Najlaa ketawa. Tangannya lincah mengambil beberapa pinggan dan sudu. Sambal bilis terhidang elok di dalam mangkuk, hirisan timun juga.

Afiqah, sebagai ahli yang paling junior masuk ke ruang dapur sambil menggaru-garu pipi.

“hah..yang ni pulak, tergaru sana, tergaru sini..pi basuh muka tu, gosok gigi..haduii..korang ni kan..macam-macam hal kalau hari minggu..jangan lupa bulatan gembira hari ni tau..eh, lupa lak nak bagitahu korang semua, bulatan gembira akak nak buat kat rumah kita..boleh kan?” Nasi lemak disenduk ke pinggan.

“Boleh je kak…Selepas bulatan gembira nanti, Najlaa nak pergi ke Sikkah Gadidah*…InsyaAllah Najlaa balik ba’da asar, qablu maghrib* ye kak…” Najlaa membuat symbol okey dengan jarinya. Kak Ina angguk tanda setuju.

“Haih..mana lagi adik-beradik kita ni..akak dah lapar ni…Takkan tak bangun lagi kot…tadi baru je dengar suara Nisa dan Syarifah…” Kak Ina menjenguk ke bilik Nisa dan Syarifah.

“Hmmm..kami dengar ada orang seru nama kami la…” Terjengul dua beradik dengan baju yang sama corak dan warna.

“Dan kami dengar ada orang nak pergi jalan-jalan ke Sikkah Gadidah la…” Nisa mencuit bahu Syarifah. Kedua-dua tersengih.

“Tak payahla korang nak berkias-kias, bermajaz-majaz ni..nak kirim tu, cakap je la..” Tempelak Najlaa.

“Semakin sayang la kat Kak Najlaa ni…nanti kami bagi duit ye..nak mintak tolong akak belikan jubah macam akak pakai selasa lepas tu, tapi nak warna biru, kalau takde biru, hijau pun boleh la…”

“Ok..adik-adikku sayang..udah-udah le tu..akak dah lapar ni..jom makan…Afiqah, boleh tolong bacakan doa tak…”

“Amin…” Serentak mereka mengaminkan bacaan doa.

Rumah sewa tiga bilik yang terletak di Masakin Mina, daerah Mansurah dihuni lima gadis dari negeri yang berbeza. Najlaa berasal dari Terengganu, Nisa dari Kedah, Syarifah dari Kelantan, Kak Ina dari Perak dan Afiqah pula dari Kuala Lumpur.

Kadang-kadang terasa juga berkomunikasi bagaikan ayam dan itik, bercampur loghat negeri masing-masing. Afiqah juga seperti hilang identity apabila menggunakan bahasa rojak. Sesekali loghat Terengganu campur Kedah, sesekali Kelantan campur Perak.

Cuaca selepas zohor begitu indah. Dedaun bertaburan di jalanan menandakan musim luruh berada di puncak dan akan tiba musim sejuk tidak lama lagi. Najlaa melihat jam di tangan sekilas. Dia termanggu sendiri. Mana pulak makcik sorang ni..tadi janji pukul 1.30 petang..ni yang tak best ni..dahla tercongok kat sini seorang diri. Pak ustaz seberang sana dah tengok aku lain macam ni..Najlaa berpura-pura membelek telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum…najlaa..sori, ana lambat...bulatan gembira ana lambat habis tadi..banyak sangat perbincangan..almaklumlah berbincang tentang tafsir surah as-Soff tadi..Pastu, susah jugak nak dapat tramco tadi…” Tercungap-cungap Azyan menerangkan sebeb kelewatannya. 

“Rilek, rilek..tarik nafas panjang-panjang..kan semput susah pulak kau nak round Sikkah Gadidah tu…” Najlaa menepuk-nepuk belakang Azyan. Dia bukannya marah sangat pun Azyan lewat, cuma kurang selesa apabila diperhatikan oleh jejaka nun seberang jalan, juga lelaki-lelaki arab yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.  Sebuah teksi ditahan, selepas pemandu teksi bersetuju harga yang ditawarkan, mereka menuju ke Sikkah Gadidah dengan riang.

“Misi menghabiskan duit bermula…hehehe” Najlaa menggosok-gosok kedua tangannya seperti lagak Haji Bakhil dalam filem P. Ramlee. Azyan hanya tersengih, memandangkan dia sudah tahu perangai sahabatnya yang seorang itu memang gila-gila. Orangnya memang bagus, solat dijaga, tahajud, dhuha dan sebagainya, Cuma dia terlalu gila-gila orangnya. Jika tidak mengenali Najlaa, mungkin orang akan salah anggap. Mereka mengelilingi Sikkah Gadidah, tidak ketinggalan Sikkah Adim. Kain tudung, jubah, bunga plastik untuk hiasan meja study Najlaa, meja kecil yang berbentuk bulat untuk Azyan, kasut dan handbag.

“Jom singgah kedai ammu* tu…hari tu dia bagi banyak diskaun..” Azyan mendahului Najlaa keluar dari masjid. Asar telah berlalu. Najlaa menonong ikut dari belakang. Dia sudah letih. Separuh hari berjalan, memang menguji tahap staminanya. Azyan ralit memilih jubah yang digantung pada dinding kedai sambil melayan pakcik kedai berbual. Najlaa membetulkan tudungya yang sedikit senget. Matanya menangkap sehelai jubah yang cantik. Simple but nice! Detik hati Najlaa. Pantas tangannya memegang jubah tersebut. Serentak itu, ada tangan yang turut menyentuh jubah itu, dan suara bertanyakan harga.

“Dah bikam ya Ammu?” Suara seperti pelajar Malaysia. Najlaa menoleh ke kanan. Tangannya masih memegang jubah. Pelajar lelaki itu juga. Eh, dia! Desis hati Najlaa. Itulah jejaka yang memerhatikan dia dari seberang jalan tadi.

“Err…ustazah nak beli tak jubah ni? kalau ustazah tak nak, ana nak beli ni.” Lelaki itu kelihatan serba salah. Najlaa mengalah.

“Tak..saya nak tengok-tengok je…” Eh, biar betul ustazah ni, biasa kalau pelajar pengajian Islam, akan menggunakan ana anta kalau berbicara…tapi ustazah ni selamba je guna saya. Ke dia bukan pengajian Islam. Lelaki itu berteka teki sendiri.

“jom…ana dah selesai ni…kita kena cepat, nanti lambat sampai rumah. ” Azyan menepuk bahu Najlaa. Kemudian mereka beredar. Lelaki tadi membayar harga jubah dan masih berteka-teki sendiri.

Lamunan Najlaa’ terhenti apabila terdengar bunyi salam dari luar. Dia bingkas bangun, menyarung tudung  dan menjawab salam sambil membuka pintu. Puan Normah, ibu Najlaa pantas bergerak ke ruang tamu. Najlaa terpinga-pinga. Siapa ni? Tak pernah Nampak pun sebelum ni…namun kemesraan yang ditunjukkan Puan Normah menunjukkan wanita dan pasangannya itu bukan lagi orang asing.

“Masuk ..masuk, jemput duduk dulu ye Asiah, Mazlan.” Puan Normah melemparkan pandangannya sekilas kea rah Najlaa, dan Najlaa faham, itu isyarat menyatakan, buatkan air dan angkat kuih yang ibu buat tadi. Aku memang bijak membaca fikiran ibu. Senyum terukir di bibirnya.

Sayup-sayup dia terdengar dirinya menjadi subjek perbualan.

“Itu ke anak Mah yang belajar kar Mesir?” Puan Asiah mencuit lengan Puan Normah.

“Bila balik?” Mazlan menyambung soalan.

“Baru aje tu, dalam minggu lepas.”

“Dah minta kerja kat mana?” Mazlan membetulkan duduknya.

“Setakat ni dah hantar resume kat sekolah Menengah Tahfiz dan Tarbiah. ”

“Ooo..sekolah tu bagus. Pelajar-pelajarnya memang bagus. ” Puan Asiah tersenyum lagi.

haih…apahal pulak aku jadi topic perbualan ibu dan ayah? Tangannya tetap laju mengacau air sirap. Siap berdulang, Najlaa’ keluar menghidang.

“Ni..bunga dari Mesir ni dah ada yang punya ke belum?” Puan Asiah menarik Najlaa’ supaya duduk di sisinya. Najlaa’ tersipu. Mak Aih, dia Tanya soalan cepu mas la pulak!

 

“Errr…takde…” Najlaa’ membetulkan tudung yang dirasakan senget tiba-tiba. Puan Normah dan suami hanya tersenyum.

“Nanti bolehlah kenal-kenal dengan anak umi ye…anak umi tak belajar luar negara, tapi university dalam negara je…boleh ye?” Tangan kiri Najlaa’ digenggam lembut. Puan Asiah melemparkan senyum penuh makna. Najlaa’ diam seribu bahasa, menyatakan tidak, bimbang mengguris hati mereka yang berharap, menyatakan ye, dia pula yang kurang bersedia. Ditelan mati emak, diluah mati bapa, tidak ditelan dan diluah, dibimbangi dia pula yang mati. Bagi Najlaa’, perjalanan masih panjang.  Kerja pun masih belum dapat, takkan nak fikir kahwin pula.

 

 bersambung....... 

Isnin, 1 Julai 2013

Allah sayang padamu

kesibukan dalam melaksanakan tugas sebagai guru dan warden memang banyak menyekat pergerakan saya..sedikit sebanyak hidup saya terikut dengan gaya kehidupan di asrama. Fuhhhh...sibuk, busy dan perkataan yang sewaktu dengannya, saya sedaya mungkin tidak mahu menggunakan alasa itu untuk tidak bersama-sama seorang sahabat yang mendirikan rumahtangganya dua hari lepas, namun, apakan daya, saya hanya seorang pekerja dan fiqh aulawiyatnya mendorong saya untuk berada di sekolah...walaupun begitu, masih sempat meluangkan masa tiga hari sebelum majlis, dan pulang sehari sebelum majlis...ahhh, hati usah cakap la, sedih, terkilan semua ada...memang minggu lepas adalah minggu yang sangat............... (taknak sebut la)..minggu pertandingan syarahan tiga bahasa, nasyid, debat, rekacipta dan lain-lain...kalau nak mengeluh, memang tersangat panjang keluhan itu, namun sebagai anak tarbiyyah, saya perlu faham..itu tarbiyyah dan medan aplikasi tarbiyyah yang saya belajar secara teori sebelum ini...

TARBIYYAH

tarbiyyah....senang untuk menyebutnya, juga senang untuk menaipnya di ruang blog ini, namun bukan mudah untuk mengharungi jalan-jalan tarbiyyah yang telah Allah sediakan untuk kader-kader dakwah, andai jalan dakwah ini adalah hamparan merah yang ditaburi mawar merah diiringi irama indah, pasti ramai yang akan merelakan diri mereka untuk berjalan di atas hamparan tersebut, namun sayang, jalan dakwah ini bukan seperti itu, ia penuh duri, menyakitkan jiwa dan hati kader-kader dakwah itu sendiri, betapa perlunya iman yang kuat untuk terus bertahan, betapa perlunya kefahaman tergadap konsep redha, tawakal, yakin pada qada dan qadar Allah SWT. Ahhh..kadang-kadang diri ini juga terbabas! Sebagai kader dakwah, tak perlu kita menyoal mengapa ia terjadi demikian? mengapa aku difitnah? mengapa aku di uji? sedangkan kita sudah tahu, ia adalah sunnnatullah dalam jalan dakwah ini. menjadi warden, begitu payah, dan saya cuba membayangkan betapa payah lagi tugas rasul SAW dalam menyebarkan islam.

sahabat,
doakan saya terus thabat, terus tabah!



cik wardah : T_T saya terasa ingin pergi dari sini, i need second chance!

Ahad, 24 Februari 2013

Susahnya membentuk modal insan

Terkejut...terkesima...ter..dan bermacam-macam ter yang bermain di hati saya. Sebelum saya melangkah lebih jauh, terlebih dahulu ingin saya katakan bahawa saya sangat bersetuju dengan pendapat Hilal Asyraf, "Melihat 'amaran' sebegini, saya mula faham mengapa anak-anak muda sekarang makin hancur. Bila guru tidak dihormati, bagaimana mahu datangnya ilmu. Penjaga sepatutnya tahu, dan tidak memanjakan anak dengan melampau. Abah saya menghantar saya belajar ke Perlis, sedang rumah kami di Johor, tanpa sedikit pun amaran kepada guru-guru yang bakal mendidik saya. Tetapi kepada saya lah dilimpahkan pelbagai amaran dan nasihat, dan benda paling diulang-ulang adalah hormat kepada guru. Tetapi keratan akhbar ini, pada saya memalukan. Sungguh tidak saya hairan, mengapa kebanyakan remaja, pemuda-pemudi hari ini, tidak punya akhlak dan hanya tahu berhiburan."

Jika melihat perbezaan didikan yang diberikan  oleh ibu bapa sekarang berbanding dulu, saya hanya mampu menggeleng kepala.

................................................................................................................

Scene A:

 "Ummi, barang hilang la"

"Barang hilang? Siapa yang ambil ni? takpe, biar ummi pegi sekolah, jumpa warden!!!" 

jika dulu,

"Ummi, barang hilang. "

"barang hilang? Cari betul-betul, kalau tak jumpa ummi takkan beli yang baru."

Scene B:

"Ibu, tak boleh makan la makanan kat dewan makan tu. Tak boleh telan."

"Yeke..takpe..takpe...malam nanti ibu hantar makanan ye...kesian anak ibu ni.."

jika dulu,

"Ibu, tak boleh makan la makanan kat dewan makan tu. Tak boleh telan."

"Cuba la makan, ibu tak nak pegi hantar makanan. Ibu dah bayar yuran asrama, kakak kena paksa diri makan. "

............................................................................................................................

Sejak saya menjadi warden sebuah sekolah menengah agama di sini, saya mula tahu, mengapa dan kenapa ibu bapa saya dulu bertegas dengan saya. Kerana ketegasan mereka, akhirnya lahirlah saya yang boleh berdikari pada hari ini. Saya tidak suka mengharapkan bantuan orang lain, seboleh-bolehnya saya akan usahakan sendiri untuk mendapatkannya. Saya mampu hidup di bumi Mesir selama tiga tahun bersama rakan-rakan dan tidak merungut untuk pulang ke Malaysia, kerana saya tahu matlamat ibu bapa saya menghantar saya ke sana adalah untuk menuntut ilmu. Tetapi, anak-anak didik saya sekarang, seringkali mengadu untuk minta ditukarkan sekolah kerana tidak tahan berjauhan dengan keluarga. Aduh! saya mengeluh sendiri. Pening juga warden dan guru kelas memujuk. Pelbagai ragam. Seramai 160 orang pelajar perempuan, 160 jenis perangai. Manja. Mengada-ngada.

"Kenapa awak tak kutip baju yang jatuh dari ampaian tu?"

"Kalau kat rumah, bibik saya yang kutipkan. Ataupun mama akan belikan yang baru je...."

Kelu dan terdiam saya sebagai warden. Saya buntu. Alahai...macamana nak didik anak-anak ini? Mereka tidak di ajar untuk berhadapan dengan cabaran dunia global ketika di rumah, dan di sekolah serta di asrama pula, guru/warden juga dihalang untuk menyediakan mereka dengan ilmu/kemahiran berhadapan cabaran dunia global.

cik Wardah : Pening..pening... -_-!

 

 


Ahad, 17 Februari 2013

mencari sebuah kekuatan

assalamualaikum wbt...

mencari sebuah kekuatan tajuk entry saya kali ni...aahhh..rasanya seperti sudah terlalu banyak yang saya lalui sepanjang saya kembali ke tanahair dalam tempoh dua bulan setengah ni. Pahit. Manis. Masin. Tawar. Segala-galanya. itulah lumrah kehidupan yang telah dicorakkan oleh Allah swt. Namun, kadang-kadang hati memang dah tahu itu dah takdir, memang itu yang telah Allah tetapkan, tetapi ia tetap sukar untuk menerima.Adakah kerana lemahnya iman? lemahnya taqwa kepada Allah? tepuk dada tanya.

Stress???!!! ya, memang stress, siapa yang menjadi warden akan tahu peritnya membentuk modal insan, membentuk anak insan supaya menjadi soleh/solehah. kadang-kadang kita pula yang didendamnya kerana melakukan amar makruf nahi mungkar. Ahh...post kali ni memang luahan hati saya yang sebenar-benarnya.


hati guru yang bertugas sebagai warden, kadangkala sangat sukar. selalunya tindakan yang dilaksanakan warden akan disalah anggap. ahhh...saya sangat terkilan, tapi merekalah 'anak-anak' saya. Saya akan terus mendidik dan membimbing permata ummah ini. semoga Allah berikan kekuatan kepada kami yang bertugas sebagai warden.

Anak-anak umi yang disayangi....
Umi mengharap sebuah pengertian dari kalian, bukan sengaja umi dan mama mengenakan denda, memarahi kalian atas kesalahan yang kalian lakukan, marah kami kerana sayang. Marah kami kerana mahu kalian menjadi muslimah solehah mukminah, berperibadi unggul, teguh jati diri supaya mampu berdepan dengan dunia yang penuh cabaran dan godaan. Doa umi dan mama untuk kalian, semoga Allah memimpin hati-hati kita semua menuju redhaNya. Salam sayang..umi dan mama kalian.

cik Wardah : saya stress!!! tapi saya perlu kuat!!! -_-!

Jumaat, 4 Januari 2013

Catatan setelah hampir tiga bulan di tanahair

Assalamualaikum semua....

alhamdulillah..saya telah selamat sampai di bumi malaysia pada 19 November 2012. Memang agak janggal kali pertama menjejakkan kaki di bumi Malaysia yang tercinta ini.Terutama apabila sekeliling saya terdapat pelbagai bangsa, melayu, india, cina, tak kurang juga rakyat asing dari negara lain, seperti Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.

Terasa lebih janggal apabila saya adalah satu-satunya pelajar perempuan dari bumi Mesir yang pulang ke Malaysia. Penerbangan dari Cairo Airport ke Jeddah Airport memang memberikan pengalaman berharga buat saya. Kali pertama saya speaking arabic sepanjang 4 jam perjalanan tersebut. Mengantuk tapi disebabkan pakcik arab tu ajak berborak, kesian la pulak. layankan aje la. Dari Jeddah ke Malaysia, saya sudah mula bertemu dengan rakyat Malaysia yang selesai mengerjakan umrah dan haji. Alhamdulillah, tapi itupun seat sebelah pak cik jugak. Layankan aje la.

Kerja pertama yang saya pegang adalah guru taska. Memang bermain dengan kanak-kanak aje la kerjanya. Kadang-kadang dorang mintak saya jadi raksasa sebab semuanya nak jadi ultraman. Fuh!!! mencabar tu!!!

Selepas itu, dua minggu sebelum 1 januari 2013, saya dapat tawaran kerja sebagai guru dan warden, sebelum masuk kerja 1 jan 2013, saya perlu jadi tenaga pengajar bagi Kem Intensif Pelajar Tingkatan 1 yang akan datang.

Alhamdulillah, hari ni, saya dah pun secara rasmi guru di sekolah tersebut. Telatah anak-anak didik mencuit hati, kadang kala geram pun ada. Teringat zaman dulu-dulu saya jadi pelajar. Hehehe...macam-macam.

Memandangkan saya adalah satu-satunya ustazah lepasan Mesir, maka saya jadi tempat rujukan pelajar. Tugasan saya sebagai warden turut merancakkan lagi rujukan itu. Badan pengawas meminta saya agar memberi satu ceramah berkaitan haid dan istihadhah. Saya mula gelabah sedikit, kitab-kitab saya masih lagi berada di tengah lautan barangkali, almaklumlah, kitab-kitab semua pos menggunakan khidmat kapal laut. Aduiii..cemana ni? nampaknya saya kena selongkar kitab-kitab zaman belajar Diploma dulu la ni...heee~~~apa-apapun, doakan saya, semoga ilmu yang saya sampaikan adalah ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat dan agama. dan juga semoga saya terus sabar dan tabah menghadapi anak-anak didik yang baik2 ini...


cik Wardah : kena cari bahan banyak2 ni... =_='

Isnin, 2 Julai 2012

Mencari sebuah bahagia

Seringkali kita dengar ungkapan...saya tak bahagia..bagaimana saya boleh kecapi bahagia andai ini perjalanan hidup saya..

pendapat saya..bahagia itu subjektif...

ade orang bila dapat makan aiskrem sekali seminggu..itu bahagia

ade orang bila mudah dapat tempat parking kenderaan...itu bahagia

ade orang bila dapat kawen dengan insan yang dicintai..itu bahagia.

ade orang bila dapat bunga mawar 100 kuntum...itu bahagia

tapi bahagia yang sebenar ialah apabila kita dekat kepada Allah..merasai manisnya beribadah kepada Allah...tenang apabila berada dalam dakapan zikrullah...


cik Wardah : ideal ke kalau saya kekalkan nama cik wardah..tp profile pic dah berubah jadi kucim dua ekor..

Isnin, 4 Jun 2012

Assalamualaikum semua..semoga kalian dalam rahmat Allah swt selalu...

hmmm...esok, 5 jun 2012, saya dan sahabat-sahabat tahun 3 Qiraat akan menduduki peperiksaan akhir...
first paper ialah qiraat ilmi...aduh! nervous!!!

tapi pape pun, saya akan cuba yang terbaik...banyak tanggungjawab di bumi Malaysia menanti saya...

doakan saya ye ... :)

cik wardah : @_@ pening suda ....gambate!!!