Selasa, 15 Februari 2011

saya & Mesir bahagian 1

Setelah sekian lama saya tidak dapat menembusi laman blog untuk update  terbaru, alhamdulillah, hari ni saya dapat juga internet dengan line  yang cukup kuat untuk membukanya...hehe...sepanjang berlaku muzahara' (rusuhan/tunjuk perasaan) di Mesir, semangat saya untuk menulis terbang menghilang...entah mengapa, saya tidak pasti.

Sekadar catatan peribadi saya sepanjang berlaku muzahara' di Mesir, ini sahaja yang mampu saya catatkan..huhu...maklum la keadaan darurat...menulis sekadarnya sahaja...

26 Januari 2011
Selasa

Selepas solat zohor, Saya dan dua orang sahabat, Zainab dan Husnina bertolak ke Kaherah untuk menghadiri program anjuran BKAN Kuala Lumpur. Menginap di BKAN Pahang. Keletihan mengutip kerang di Pantai Dumyat masih terasa. Sempat juga mengambil gambar di Ahmad Helmi...kelihatan sekumpulan polis sedang beratur menerima arahan dari ketua mereka. Kami membuat andaian, bagusla mereka ni...ade latihan polis kot...(hihi...kami ni husnu zhan...)

27 Januari 2011
Khamis


Jam 8 pagi, bertolak ke BKAN Kuala Lumpur di Hayyu Sabi'...menjadi peserta paling lambat yang mendaftarkan diri kerana masing-masing tidak tahu jalan ke BKAN Kuala Lumpur, akhirnya mendapatkan khidmat kakak senior saya di BKAN Terengganu...terima kasih pada Kak Ziera. Masih tiada kedengaran desas desus akan berlaku muzahara'.  Selepas program, kami berjalan dengan tenang menyusuri jalan-jalan di Hayyu Sabi' menuju ke BKAN Kelantan (RKB) menemani seorang sahabat. Sahabat saya Zainab dan Fatinajmin pulang ke Mansurah kerana urusan penting. Saya pula memilih untuk menginap di BKAN Terengganu..balik rumah sendiri la pulak...huhu...

28 Januari 2011
Jumaat

Pagi Jumaat yang agak tenang...souq sayyarat (pasar menjual kereta terpakai) sunyi, sangat sedikit peniaga dan pengunjungnya...perasaan hairan timbul di hati, tapi tidak disuarakan... jam 10 pagi, saya keluar dari BKAN Terengganu bersama ahli bayt yang datang lebih awal ke Kaherah, Mardhillah. Plan  kami pada pagi itu, nak ziarah ex-ahli bayt,  Kak Nisa'  yang baru menimang cahaya mata sulong. Saya sangkakan Mardhillah tahu jalan ke rumah tersebut, rupanya kami sama-sama tidak tahu..huhuhu...saya cuba untuk call  Kak Nisa', tapi gagal. Simbol emergency call only  tertera di skrin handphone. Mesej juga tak dapat di hantar.Plan  dibatalkan. Saya kembali ke BKAN Terengganu. Saya ada call ahli bayt (lupa la plak bila saya call..seingat saya sepanjang Jumaat tu xdapat call dan internet juga terputus...yang berada di Mansurah, Suhaina (satu-satunya ahli bayt yang berada di Mansurah ketika itu. Yang lain semuanya berada di Kaherah.) memaklumkan saya akan pulang ke Mansurah pada hari Ahad, memandangkan program habis lewat pada hari Sabtu, 27 Januari 2011. Dan Suhaina pula menegah saya dan sahabat-sahabat yang lain pulang ke Mansurah sehingga di maklumkan oleh pihak DPM Mansurah. Ketika itu, barulah saya tahu ada tunjuk perasaan yang berlaku.

Tiada ulasan: