Isnin, 27 Disember 2010

kita PMRAM

Hari ini, tanggal 27 Disember 2010, Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM cawangan Mansurah telah mengadakan Kolokium Ilmuan atau nama singkatannya, Q siri kedua. Majlis yang bermula pada jam 7.30 pagi dirasmikan oleh Ustaz Mohd Alifuddin Ramlee, selaku pemangku Pengerusi DPM Mansurah.

Kolokium Ilmuan (Q) adalah satu program anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM khusus bagi mahasiswa/wi tahun 1. Program yang bertemakan “Memartabatkan Pembentukan Insani” adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai Islam kepada para peserta seterusnya membentuk asas yang kukuh dalam diri mahasiswi Islam yang sebenar. Selain itu, tujuan Q dianjurkan adalah untuk memperkenalkan peranan PMRAM dalam pembentukan keperibadian muslim.

Apa yang saya cuba sampaikan pada entry kali ni agaknya ye...??? mesti sahabat-sahabat sekelian tertanya-tanya. hmmmm....sebenarnya, saya terkesan dengan lagu tema PMRAM : UNTUKMU PMRAM.

Sekian lama
Kau menaungi kami
Sekian lama
Kau bersama kami
Susah dan senang
kami disini
Kau tetap setia disisi

Sekian lama
Kau menaungi kami
Sekian lama
Kau bersama kami
Susah senangmu
kami rasai
cintamu tetap dihati

Kini kami tahu
Hebatnya sejarahmu yang dulu
Kegemilangan usiamu yang dulu
Menjadi sumber inspirasi

Untukmu PMRAM 3x
Kami pertahankan
Demi menegakkan
Kesinambunganmu yang agung
Gemilang
Yang tak pernah padam
Ditelan zaman nan silam
Engkaulah yang satu
Masih gagah dan jitu
Kebijaksanaan dan kematanganmu
Bukti kejayaan
Kau terus dijulang 2x
Lambang perpaduan 2x

Tatkala teringat peristiwa kami Qiraat 2009/2012 tak dapat masuk exam kerana kelembapan gerak kerja JPMK. Pihak PMRAM secara amnya, dan DPMM secara khususnya banyak membantu, memberi semangat. Terbayang-bayang di minda ini, wajah2 BP PMRAM yang hadir ke Maahad Qiraat Fataayat Mansurah bersama Exco Pendidikan DPM Mansurah 2009/2010, Us MOhd Zahimie Dzahid, juga wajah Presiden DPM Mansurah sesi lepas, Us Amirul Hasim yang mengadakan perjumpaan beberapa kali dengan kami bagi menerangkan keadaan sebenar ketika itu. Lepas peristiwa tak dapat masuk exam, sahabat kami pula kemalangan. Lepas tu, senior-senior Qiraat mengadakan satu program untuk memberi suntikan semangat. Saya cukup terharu, betapa prihatinnya mereka pada kami. Walaupun ia telah berakhir, ia tetap meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa saya. Selepas peristiwa itu, setiap kali saya mendengar alunan lagu tema PMRAM, pasti jiwa saya tersentuh, paling kurang ada sebak yang hadir di sanubari ini, kadangkala, ada air mata yang mengalir. 



Saya akan terus berkhidmat untuk PMRAM sebagai tanda penghargaan saya kepadanya, juga kerana saya telah jatuh cinta padanya. InsyaAllah.



logo PMRAM


Rabu, 8 Disember 2010

Semangat yang turun naik

hmmm...nampaknya kali ni saya tinggalkan blog saya tanpa diupdate dengan lebih lama. Seringkali rakan-rakan bolgger menyarankan saya agar teruskan usaha untuk menulis. Saya katakan sekali lagi, saya tidak punya kemudahan untuk menulis dengan lebih kerap(tiada laptop/komputer sendiri. internet.). Dan sekali lagi mereka menyarankan agar menulis didalam sebuah buku dan jika punya masa ke pusat komputer untuk update blog. Aduh! saya terpana. Namun, saranan itu tetap terbiar sepi....sepi...dan sepi...tanpa tindakan.
Dan hari ini, saya kembali membuka blog yang sekian lama terbiar sepi tanpa sentuhan dari saya.

Seperti saya, ramai lagi diluar sana yang mempunyai semangat yang turun naik seperti saya. Bukan dalam masalah menulis sahaja, tetapi dalam kehidupan seharian. Dulu, ketika saya dalam proses untuk menghafaz al-Quran, semangat yang turun naik menjadi satu masalah yang sangat  besar ketika itu (teringat zaman didenda berdiri ditengah padang oleh Us. Sahari Anuar). Pernah suatu ketika, kerana semangat yang tak konsisten ini, saya jadi seorang yang sangat pemalas, malas nk menghafaz. Panjang nasihat yang guru saya berikan. Terkesan sehingga ke hari ini. Walaupun begitu, sebagai manusia biasa saya tidak terlepas untuk mengalaminya lagi. Jadi, terlintas di minda saya bagaimana untuk terus konsisten dengan semangat yang membara ni?

Setelah termenung dan berfikir beberapa ketika, saya mendapat satu kesimpulan. Bagaimana para nabi, para sahabat, tabi' dan tabi'in terus bersemangat meneruskan perjuangan mereka sedangkan mereka sentiasa dilanda ujian dan dugaan dalam hidup mereka? Jawapannya hanya satu...iaitu mereka sentiasa dekat dengan Allah SWT. Amalan qiamullail menjadi kebiasaan dalam hidup mereka. Bukankah Allah telah berfirman dalam surah al-Isra', ayat 79, yang bermaksud :

" Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud. Mudah-mudahan kamu dibangkitkan oleh TuhanMu di maqam yang terpuji."

 Amalan membaca dan mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran menjadi rutin hidup mereka. Al-Quran juga menjadi pencetus semangat dan menjadi ubat kepada setiap ujian yang melanda. Jika dihayati al-Quran, setiap patah merupakan pencetus motivasi kepada kita. Amalan-amalan sunat yang lain mengiringi kehidupan mereka...dan mereka tahu matlamat hidup mereka, iaitu redha Allah. Apa sahaja yang mereka lakukan adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Maka, sama-samalah kita istiqamahkan diri masing-masing untuk bangun malam, mendekatkan diri kepada Dia yang sentiasa menanti kehadiran kita di satu pertiga malam. wallahu'alam.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Kembara Fayyoum

          Pada tarikh 28 Julai 2010, usai sahaja imtihan Tahun Satu, saya mengikuti satu jaulah (lawatan) ke satu tempat yang bersejarah di Ardil Kinanah ini, iaitu Fayyoum. Disini terdapat satu air terjun yang dalam bahasa arabnya, syalalat. Jangan sangka bumi arab yang dikenali dengan cuaca panas dan padang pasir tidak ada air terjun. Buktinya, saya telah melihat dengan mata saya sendiri, bukan dengan dua mata, tetapi dengan empat mata-campur spek mata saya la...hehehe....

Sepanjang perjalanan ke kawasan tersebut, kami terpaksa melalui padang pasir yang saujana mata memandang, pada masa tu saya terfikir, kalau la aku tersesat kat padang pasir ni, agak-agaknya, ada tak orang jumpa aku...?huhuhu...nk tgk gambar padang pasir? ni haa padang pasirnya....

padang pasir yang saujana mata memandang

         Selama ni saya hanya tengok dalam gambar, kat kalendar, kat internet, kat dalam rancangan National Geographic...sekarang, Allah dah bagi saya tengok secara live...ya Allah...luasnya nikmatMu....dan ini pula gambar air terjun. Subhanallah...hati saya terdetik, kalau ikut logik akal, mana logik kat tengah-tengah padang pasir ni boleh ada air terjun...tapi itu la kuasa Allah s.w.t yang tak terjangkau oleh akal fikiran kita.

air terjun kat fayyoum
Dari kawasan air terjun, kami beredar ke Tasik Qarun. Kisah Qarun mengikut sejarahnya, dia adalah seorang lelaki yang sangat miskin yang hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu hari, dia telah meminta agar Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah s.wt. agar diberi kesenangan, dan permintaannya telah dikabulkan. Bermula pada saat itu, dia menjadi sangat kaya, namun  kekayaan itu telah menjadikan dirinya lupa pada pemberi nikmat kaya itu sendiri. Dia enggan menunaikan zakat sedangkan itu adalah tuntutan agama. Akhirnya, dalam sekelip mata Allah tenggelamkan seluruh hartanya. Begitulah azab Allah kepada orang yang derhaka padaNya, yang lalai dalam melaksanakan suruhannya. Sekali lagi saya terpegun dengan kuasa Allah...sesungguhnya, Tasik Qarun ini sangat luas...dan dikatakan itulah luasnya kawasan dan harta yang dimiliki Qarun pada suatu masa dahulu...sungguh, Allah itu Maha Kaya...Subhanallah...

Tasik Qarun
Kemudian kami bergerak ke kebun mempelam. Tapi sayang, saya tak sempat mengambil gambar kebun tersebut kerana terlalu asyik bergambar di kawasan 'Ain Syilin, satu mata air yang Allah kurniakan pada masyarakat Arab di kawasan ini.
'Ain syilin (mata air)
Destinasi seterusnya ialah kawasan kincir air. Suatu masa dahulu kincir air ini digunakan untuk mengalirkan air diseluruh kawasan Fayyoum ini, namun pada hari ini, ia hanya dijadikan tempat pelancongan sahaja. Nak tengok gambar kincir air?

kincir air
Setakat yang saya dapat dari penerangan musyrif kami, Fayyoum ini adalah satu kawasan yang kaya dengan air, sehingga kerajaan pada masa tersebut terpaksa menimbus sebahagian darinya dengan pasir. Kerja-kerja menimbus itu mengambil masa selama seribu hari yang disebut dalam bahasa Arab, Alfu Ayyam, lama kelamaan sebutannya menjadi Fayyoum. Sekian cerita Jaulah Fayyoum secara ringkas dari saya...semoga anda terhibur...(^^,)

Kisah Peperiksaan Tahun Satu Qiraat


Setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya kami menduduki peperiksaan pada 17 Julai 2010 hingga 25 Julai 2010. Dan Alhamdulillah, segala-galanya dimudahkan oleh Allah s.w.t. Result telahpun keluar...Alhamdulillah sekali lagi...kami semua lulus serta boleh naik ke tahun dua pada sesi akan datang....Ya Allah, nikmatMu tak terhitung banyaknya, namun cukupkah sekadar ucapan syukur itu yang aku ungkapkan...? ampuni dosa-dosaku, semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang kufur nikmatMu...jadikan aku dari kalangan mereka yang sentiasa mengingati serta mensyukuri nikmatMu dan menggunakan nikmatMu untuk kebaikan...amin....

Hidayah siri 2

         Benarlah hidayah itu milik Allah secara mutlak, kita manusia hanya mampu membuka laluan, berusaha menunjukkan keindahan dan kebenaran Islam dan yang menentukannya ialah Allah s.w.t. Sesungguhnya, Dia sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelaksana.

         Entry kali ini adalah sambungan dari entry yang saya post pada tahun lepas yang ber'title' hidayah, bertarikh 12 Disember 2009, Isnin. Saya akan ceritakan secara ringkas entry yang lepas kepada anda semua...dalam entry tersebut, saya  ada menceritakan mengenai seorang sahabat yang ingin kembali kepada Islam tetapi dihalang oleh keluarganya yang beragama Kristian. Saya pasti anda tertanya-tanya, kenapa ingin kembali kepada Islam? adakah dia telah Islam dan telah murtad dan ingin kembali kepada Islam...? Jawapannya, tidak sama sekali. Dia adalah seorang gadis yang beragama Kristian yang mana Allah telah campakkan hidayah ke dalam hatinya untuk kembali kepada Islam. Kenapa saya menggunakan istilah kembali? Bukan istilah masuk Islam? Kenapa? dan jawapannya adalah, Islam itu adalah agama asal bagi setiap manusia, Islam adalah agama fitrah namun yang mencorakkan anak-anak itu beragama yahudi atau nasrani adalah ibubapa mereka. Jika Islam ibubapa, maka Islam la anak-anak mereka. Jadi, bersyukurlah kita yang dilahirkan dalam keluarga Islam, hidayah Islam itu telah tersedia di hadapan mata kita, cuma menunggu kita untuk mengaplikasikannya dalam hidup...tetapi berbeza dengan mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang bukan Islam. Mereka harus mencari dan memahami Islam.

          Ermmm, berbalik kepada kisah sahabat tadi, Alhamdulillah, saya telah dimaklumkan oleh ustazah saya bahawa sahabat yang beragama kristian itu telahpun kembali kepada agama fitrahnya pada bulan Jun 2010, beliau telah memilih nama Nur Hidayah. Kita sama-sama doakan beliau agar thabat dalam perjalanan yang penuh dugaan ini...yang pasti, saya menanti waktu untuk bersua dengan beliau...tidak sabar rasanya...

          Apa yang dapat saya ambil dari kisah beliau, bagaimana beliau mula mengenali Islam. Nur Hidayah bertemu dengan sahabat saya(kini housemate saya di Mesir) dalam sebuah bas, ketika itu Nur Hidayah minta untuk menukar duit kecil, namun sahabat saya  tidak mempunyai jumlah wang yang mencukupi untuk ditukarkan, tetapi sahabat saya telah memberi duit tambang kepada beliau. Lalu beliau mengambil nombor telefon sahabat saya dengan niat untuk mengganti kembali wang tersebut. Maka dari situlah, kisahnya bermula. Dari pengamatan saya terhadap sahabat saya itu, dia adalah seorang yang berakhlak baik, lemah lembut orangnya. Jadi tidak hairan orang mudah mesra dengannya. Disini, saya boleh membuat satu kesimpulan, akhlak yang baik adalah salah satu medium yang cukup baik untuk berdakwah kepada masyarakat di luar sana. Wallahu 'alam...


update...update...update...

       Assalamualaikum semua.....huhuhu...dah terlalu lama jari-jemari ini menyepi...dah bersarang labah-labah barangkali blog saya ni...jangankan labah-labah, tebuan pun blh buat sarang beliau sekali di ruang blog saya ni...ini menandakan terlalu lama saya menyepi dari berblog...dulu keinginan berblog sangat berkobar-kobar,tapi takde la berkobar-kobar macam unggun api tu...tengok sahabat-sahabat berblog,menulis di alam maya, nak juga rasa berblog, walaupun hakikatnya saya bukanlah seorang yang mempunyai kebolehan menulis secara semulajadi.

         Selama berbulan saya menyepi, tapi bukan bermakna saya merajuk dengan bidang ni...cuma kesuntukan masa memaksa saya menghilangkan diri, jangan kata saya pergi bertapa kat mana-mana gua plak ye...huhuhu...saya masih wujud di alam ni...Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi pinjaman nyawa, jasad, iman, dan Islam kepada saya untuk meneruskan lagi perjuangan di bumi anbiya' ini...bumi yang penuh dugaan dan cabaran, yang cukup menguji kesabaran dan ketabahan jiwa seorang gadis remaja yang tak pernah berjauhan dengan keluarga seperti saya...

          Sepanjang saya menyepi, bermacam-macam kisah telah menjelma, datang dan pergi dari hidup saya. Ada cerita suka, ada cerita duka...tapi itulah tarbiyyah yang Allah garapkan dalam jiwa ini...saya percaya dan yakin ada hikmah yang terbaik yang Allah janjikan untuk saya... saya akan ceritakan sedikit mengenai kisah-kisah yang datang dan pergi dalam hidup saya dalam entry yang seterusnya...

selamat membaca...hope you enjoy yourself...keep reading... ;)

Selasa, 26 Januari 2010

Dugaan....

Bila kau sedih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya yang ada,
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira airmatamu itu,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu,
Allah sentiasa disisimu,
Bila kau telah mencuba segala-galanya tetapi tidak tahu tujuan,
Allah adalah jalan penyelesaiannya,
Bila sesuatu yang tak beerti berlaku kepadamu,keliru dan kecewa,
carilah Allah kerana Dia ada sinar jawapannya....

Dugaan dan ujian sentiasa datang menjengah dalam hidup kita, tidak kenal waktu. ujian itu datang dalam pelbagai bentuk, samaada dalam bentuk nikmat(kesenangan) ataupun kesusahan. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah,ayat 155 yang berbunyi :

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 

Namun kita lebih nampak ujian itu adalah sesuatu yang menyebabkan kita bersedih, menangis dan tertekan. Mungkin kerana nikmat yang Allah berikan itu semuanya membuatkan kita gembira dan bersenang-lenang dengan dunia. Kita seharusnya lebih takut dengan ujian yang datang dalam bentuk nikmat kerana ia lebih bahaya, mampu membuat manusia lupa hakikat dirinya yang sebenar, jauh dari mengingati Allah swt. Cuba kita lihat sejarah Qarun dan Firaun. Mereka dianugerahkan kesenangan hidup dan pangkat,namun mereka telah kufur kepada Allah SWT.

Jika kita lihat dari sudut yang berbeza, ujian berbentuk kesusahan membawa diri manusia lebih dekat kepada Allah SWT. Mereka yang ditimpa ujian ini akan berusaha untuk bangun malam(qiamullail), banyak membaca Al-Quran dan melakukan ibadah-ibadah yang lain.

"Tarbiyyah Allah amat mahal.. Tak semua kasih sayangNYA terzahir melalui belaian.. Adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih drpd kelembutan.. Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk di dunia.. Maka,mengadulah padaNYA,tiap titisan airmata yg mengalir amat bernilai dan berharga disisi Allah.." 

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Ankabut,ayat 2:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak diuji?"

Setiap ujian yang hadir dalam hidup kita tidak lain adalah untuk meguji tahap keimanan, kesabaran dan tawakal kita terhadap Allah SWT. Namun ada segelintir manusia yang tewas dengan ujian yang datang, ada yang dilanda stress yang melampau dan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Setiap daripada kita seharusnya bersifat redha dalam menempuhi dan menerima ujian yang diberikan oleh Allah. Ada banyak hikmah kenapa kita di uji oleh Allah. Antaranya ialah untuk menambahkan tahap keimanan, mendidik kita menjadi manusia yang lebih sabar dan tabah, menjadikan diri kita lebih matang dalam menghadapi kerenah dunia pada masa akan datang dan mentarbiyah diri menjadi lebih baik.

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah,ayat 286:

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang mereka lakukan, dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang mereka lakukan. Mereka berdoa," ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

Kadang-kadang kita terfikir, kenapa aku selalu tak dapat apa yang aku minta? Aku minta untuk jadi seorang yang kuat,sabar dan tabah, namun Allah datangkan ujian yang membuatkan aku jadi lemah, rasa tak berdaya. Sebenarnya itulah tarbiyah Allah, ujian dan dugaan mampu mendidik kita menjadi seorang yang sabar dan tabah. Tak semestinya Allah beri apa yang kita mahu dalam bentuk yang kita mahu,tetapi Allah akan beri apa yang terbaik untuk kita. Jika Allah lambat mengabulkan doa, tidak bermaksud Allah tidak sayang kita, tetapi Allah sebenarnya mahu beri yang terbaik untuk kita. Firman Allah lagi dalam surah ali-Imran, ayat 216:

 "......Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan bolah jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Akhir kata, percayalah...Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hambaNya. Ujian dan dugaan itu datang dari Allah, dan padaNya juga terdapat penyelesaian dan jawapan kepada setiap persoalan yang timbul. Maka, kembalilah kepadaNya.


 



 








Sabtu, 23 Januari 2010

Wuduk

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah pergi ke kawasan perkuburan lalu bersabda: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ Aku sangat gembira sekiranya kita dapat melihat saudara-saudara kita. Para sahabat bertanya: Tidakkah kami semua saudara-saudara kamu wahai Rasulullah? Baginda menjawab dengan bersabda: Kamu semua adalah sahabatku, saudara-saudara kita ialah mereka yang belum wujud lagi. Sahabat bertanya lagi: Bagaimana kamu dapat mengenali mereka yang belum lagi wujud dari kalangan umatmu wahai Rasulullah? Baginda menjawab dengan bersabda: Apakah pendapat kamu sekiranya seorang lelaki mempunyai seekor kuda yang berbulu putih di dahi serta di kakinya dan kuda itu berada di tengah-tengah sekelompok kuda yang hitam legam. Adakah dia akan mengenali kudanya itu? Para sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka bercahaya kerana kesan wuduk. Aku mendahului mereka ke telaga. Ingatlah! Ada golongan lelaki yang dihalang dari datang ke telagaku seolah-olah menghalau unta-unta sesat. Aku memanggil mereka: Kemarilah kamu semua. Maka diberitahu bahawasanya mereka telah menukar ajaranmu selepas kamu wafat. Maka aku bersabda: Pergilah jauh-jauh dari sini

Di malam sepi....

QIYAMULLAIL, bangun malam untuk tahajjud, adalah kebiasaan orang-orang saleh sebelum umat Muhammad SAW. Bagi Rasul dan para sahabat kurun awal, qiyamullai merupakan amal wajib yang mesti ditunaikan. Di saat fajar dakwah Islam mulai menyingsing, qiyamullail adalah penyejuk dan penyegar jiwa. Orang Islam yang pada masa itu terus menerus dihempas oleh gelombang penderitaan dan penindasan. Kala itu qiyamullail menjadi wahana tempat mukmin berlabuh yang wajib mereka arungi, untuk menambatkan segenap kepedihan yang menghimpit jiwa mereka.

Demi kewajiban inilah Rasul SAW dan pengikutnya menghabiskan malam-malam mereka dengan qiyamullail, hingga kaki mereka membengkak dan kulit-kulit mereka pun menguning. Hanya keringanan dari Allah saja qiyamullail menjadi sunnah bagi para sahabat, namun tidak bagi Nabi Muhammad SAW. Mengapa demikian?. Karena memang qiyamullail memiliki kekuatan yang sungguh mengagumkan dalam mengarungi atmosfer kehidupan ini.

Allah SWT pernah bertanya kepada nabi Ibrahim AS: Tahukan kamu mengapa Aku mengangkatmu menjadi khalilullah (kekasih-Ku) Tentu nenek moyang para Nabi itu menjawab: Tidak tahu ya Allah. Allah SWT. berfirman: Karena engkau senang salat malam pada waktu orang lain sedang tidur nyenyak dan senang memberi makan orang.

Rasulullah SAW. bersabda: Hendaklah kalian menunaikan qiyamullail, karena qiyamullail adalah kebiasaan orang-orang saleh sebelum kalian yang bisa mendekatkan kalian pada Rabb kalian, pelebur kesalahan, penghalang dari dosa, dan pengikis penyakit dari tubuh (HR.Ahmad dan Turmuzi).

Melalui ayat Allah dalam surah Al Muzammil, misalnya Allah SWT. menginginkan adanya satu manhaj pada Nabi-Nya. Maka diserunya sang Nabi agar melakukan qiyamullal dan menghabiskan waktunya dengan memperbanyak salat, munajat, zikir dan tilawah Al Quran. Malam adalah waktu yang paling cocok untuk membersihkan jiwa dan memperhalus kalbu, karena itu ibadah di dalamnya lebih bermakna dan lebih berkesan ketimbang saat yang lain.

Berbagai komentar telah disampaikan bagi penikmat tahajjud, yang bagi orang awam, terkadang mungkin terdengar aneh. Simak misalnya kesan seorang ulama: Di dunia ini tiada waktu yang menyerupai kenikmatan para penghuni sorga kecuali kenikmatan yang di dapat oleh orang-orang yang hatinya terbujuk oleh malam karena nikmat dan manisnya bermunajat. Fudhail bin Iyadh berucap: Bila matahari terbenam, aku senang dengan kegelapan, karena aku dapat berkhalwat (bersunyi diri) dengan Rabbku. Namun bila matahari merekah, aku begitu sedih, karena banyak orang-orang masuk menemuiku. Sedangkan Abu Sulaiman bertutur: Ahlal lail (orang yang selalu berjaga pada malam hari dengan qiyamullail) lebih nikmat di saat malam mereka ketimbang dengan orang yang menganggur dan pesta pora dalam permainan mereka. Bila bukan karena malam, aku tidak suka untuk tinggal di dunia.

Ada kisah menarik berkaitan dengan qiyamullail ini. Adalah Sultan Muhammad Al Fateh, seorang pemimpin yang disebut oleh Rasulullah SAW. sebagai sebaik-baik pemimpin yang akan memimpin Konstatinopel. Sejak kecil Sultan Muhammad Al Fateh dididik oleh seorang wali sehingga beliau tumbuh sebagai seorang yang mempunyai kepribadian yang unggul. Beliau menjadi sultan menggantikan ayahnya pada usia 19 tahun. Sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat keputusan dan mempunyai kemampuan mengawal diri (self control) yang luar biasa.Kemampuannya dalam memimpin dan megatur pemerintahan sangat menonjol. Jiwanya sangat tegas bila berhadapan dengan musuh dan lembut bila berhadapan dengan rakyatnya. Kebiasaan Sultan Muhammad Al Fateh di malam hari adalah berkeliling memeriksa keadaan tim dan rakyatnya untuk memastikan mereka bangun dan beribadah malam.

Sejarah mencatat bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh yang ketika itu berusia 21 tahun telah berhasil masuk ke Konstatinopel dan menawannya dengan taqwa. Ketika tiba waktu menjelang salat Jumat pertama di Konstatinopel, timbul pertanyaan: Siapa yang layak menjadi imam. Lalu Sultan meminta seluruh rakyatnya bangun berdiri dan berkata: Siapa diantara kalian yang sejak balighnya sampai saat ini pernah meninggalkan salat fardhu, silahkan duduku! Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini berarti tidak ada seorang pun diantara mereka yang sejak balighnya sampai saat itu pernah meninggalkan salat fardhu. Al Fateh berkata lagi: Siapa diantara kalian yang sejak balighnya sampai saat ini pernah meninggalkan salat sunat Rawatib silahkan duduk! Lalu sebagian masih tetap berdiri dan sebagian duduk. Sultan berkata lagi: Siapa diantara kalian yang sejak balighnya sampai saat ini pernah meninggalkan salat tahajjud silahkan duduku! Pada saat itu seluruh rakyatnya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al Fateh sendiri (Buku Pengembaraan Sang Duta Halilintar Jundullah oleh Taufiq Mustafa SE MBA)

Satu keajaiban telah terjadi. Ketika kapal-kapal pasukan Sultan Muhammad Al Fateh akan memasuki Konstatinopel, pintu air masuk ke pelabuhan di tutup oleh pihak musuh. Namun dengan kekuasaan Allah SWT.kapal-kapal mereka bisa berlayar di atas daratan. Masya Allah.

Apa gerangan kekuatan dahsyatnya qiyamullal itu? Selain janji firman Tuhan dalam Al Isra 79, juga karena pada waktu sepertiga malam terakhir itu ada saat yang sangat mustajab untuk munajat dan memohon ampunan Allah.

Jumaat, 1 Januari 2010

hayatilah.....Farsy Turab....

فرشى التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسي لقائي ×2
والأهل أين حنانهم؟.. باعوا وفائي ×2
والصحب أين جموعهم؟.. تركوا إخائي ×2
والمال أين هناؤه؟.. صار ورائي
والاسم أين بريقه بين الثتاء؟

هذي نهاية حالي ... فرشي التراب
اولغ كوروس
والحب ودع شوكه وبكى رثائي ×2
والدمع جف مسيره بعد البكاء ×2
والكون ضاق بوسعه ضاق فضائي ×2
فاللحد صار ببجثتي أرضي سمائي

هذي نهاية حالي ... فرشي التراب

والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي

HAMPARAN DEBU


Hamparan debu meliputi tubuhku.. Inilah pengakhiran hidupku
Sekelilingku pasir menyelimuti juga dibelakangku
Liang lahad yang mengisahkan kegelapan dan pelbagai ujian
Dan cahaya dari tulisan bukunya.. Melupakan aku pertemuanku sebelumini
Dimana belas kasihan ahli keluargamu?.. Tiada lagi kesetiaan
Dimana dikumpulkan sahabat-sahabatmu?.. Tiada lagi persaudaraan
Dimana harta kesenanganmu?.. Hanya ditinggalkan di belakangmu
Dimana nama kamu yang dahulu bersinar dek pujian?

Inilah pengakhiran keadaan kehidupanku.. Oh hamparan debu-debu

Selamat tinggal kasih sayang dan kerinduan yang tinggal hanyalah ratapan dan tangisan
Air mata kering lantaran perjalanan yang panjang yang kutempuh selepas puas menangis
Aku merasa terlalu sempit atas keluasan debu-debu dan tanah lapang yang luas
Dan liang lahad di sisi dengan mayat, di bawahku bumi dan di atasku langit

Inilah pengakhiranku.. Oh hamparan debu-debu

Dan ketakutan memenuhiku dengan segala keanehan dan kesedihan menjadi kesakitan
Aku mengharapkan ketetapan iman, dan sesungguhnya ia sebahagian penawar kesakitan
Dan aku berdoa seikhlas-ikhlasnya padaMu dan engkaulah tempat kembaliku
Aku menginginkan syurga dari-Mu ya Tuhan.. Kerana di sana kutemui kegembiraan.


kam telah ditugaskan oleh Alang kami(ketua usrah)untuk menterjemahkan lagu arab ini untu dihayati bersama..ternyata hanya Ude yg berjaya...huhuhu..tahniah ude...saya pun try la jug...tp berjaya separuh jek....huhuhu..

sebenarnya saya dah pernah dengar lagu ni di Malaysia lagi..cume masa tu just for suka2 je..tak menghayati...bila dihayati...MasyaAllah...insaf...memang kita akan berseorang dalam kubur nanti...kita dibangkitkan di dunia ni untuk beribadah kepada Allah...tanpa amalan soleh,siapalah kita disisi Allah SWT...dunia hanya sementara,yang kekal adalah akhirat...dari Allah kita datang,dan kita pasti akan kembali menemuiNya suatu hari nanti...