Ahad, 24 Februari 2013

Susahnya membentuk modal insan

Terkejut...terkesima...ter..dan bermacam-macam ter yang bermain di hati saya. Sebelum saya melangkah lebih jauh, terlebih dahulu ingin saya katakan bahawa saya sangat bersetuju dengan pendapat Hilal Asyraf, "Melihat 'amaran' sebegini, saya mula faham mengapa anak-anak muda sekarang makin hancur. Bila guru tidak dihormati, bagaimana mahu datangnya ilmu. Penjaga sepatutnya tahu, dan tidak memanjakan anak dengan melampau. Abah saya menghantar saya belajar ke Perlis, sedang rumah kami di Johor, tanpa sedikit pun amaran kepada guru-guru yang bakal mendidik saya. Tetapi kepada saya lah dilimpahkan pelbagai amaran dan nasihat, dan benda paling diulang-ulang adalah hormat kepada guru. Tetapi keratan akhbar ini, pada saya memalukan. Sungguh tidak saya hairan, mengapa kebanyakan remaja, pemuda-pemudi hari ini, tidak punya akhlak dan hanya tahu berhiburan."

Jika melihat perbezaan didikan yang diberikan  oleh ibu bapa sekarang berbanding dulu, saya hanya mampu menggeleng kepala.

................................................................................................................

Scene A:

 "Ummi, barang hilang la"

"Barang hilang? Siapa yang ambil ni? takpe, biar ummi pegi sekolah, jumpa warden!!!" 

jika dulu,

"Ummi, barang hilang. "

"barang hilang? Cari betul-betul, kalau tak jumpa ummi takkan beli yang baru."

Scene B:

"Ibu, tak boleh makan la makanan kat dewan makan tu. Tak boleh telan."

"Yeke..takpe..takpe...malam nanti ibu hantar makanan ye...kesian anak ibu ni.."

jika dulu,

"Ibu, tak boleh makan la makanan kat dewan makan tu. Tak boleh telan."

"Cuba la makan, ibu tak nak pegi hantar makanan. Ibu dah bayar yuran asrama, kakak kena paksa diri makan. "

............................................................................................................................

Sejak saya menjadi warden sebuah sekolah menengah agama di sini, saya mula tahu, mengapa dan kenapa ibu bapa saya dulu bertegas dengan saya. Kerana ketegasan mereka, akhirnya lahirlah saya yang boleh berdikari pada hari ini. Saya tidak suka mengharapkan bantuan orang lain, seboleh-bolehnya saya akan usahakan sendiri untuk mendapatkannya. Saya mampu hidup di bumi Mesir selama tiga tahun bersama rakan-rakan dan tidak merungut untuk pulang ke Malaysia, kerana saya tahu matlamat ibu bapa saya menghantar saya ke sana adalah untuk menuntut ilmu. Tetapi, anak-anak didik saya sekarang, seringkali mengadu untuk minta ditukarkan sekolah kerana tidak tahan berjauhan dengan keluarga. Aduh! saya mengeluh sendiri. Pening juga warden dan guru kelas memujuk. Pelbagai ragam. Seramai 160 orang pelajar perempuan, 160 jenis perangai. Manja. Mengada-ngada.

"Kenapa awak tak kutip baju yang jatuh dari ampaian tu?"

"Kalau kat rumah, bibik saya yang kutipkan. Ataupun mama akan belikan yang baru je...."

Kelu dan terdiam saya sebagai warden. Saya buntu. Alahai...macamana nak didik anak-anak ini? Mereka tidak di ajar untuk berhadapan dengan cabaran dunia global ketika di rumah, dan di sekolah serta di asrama pula, guru/warden juga dihalang untuk menyediakan mereka dengan ilmu/kemahiran berhadapan cabaran dunia global.

cik Wardah : Pening..pening... -_-!

 

 


Ahad, 17 Februari 2013

mencari sebuah kekuatan

assalamualaikum wbt...

mencari sebuah kekuatan tajuk entry saya kali ni...aahhh..rasanya seperti sudah terlalu banyak yang saya lalui sepanjang saya kembali ke tanahair dalam tempoh dua bulan setengah ni. Pahit. Manis. Masin. Tawar. Segala-galanya. itulah lumrah kehidupan yang telah dicorakkan oleh Allah swt. Namun, kadang-kadang hati memang dah tahu itu dah takdir, memang itu yang telah Allah tetapkan, tetapi ia tetap sukar untuk menerima.Adakah kerana lemahnya iman? lemahnya taqwa kepada Allah? tepuk dada tanya.

Stress???!!! ya, memang stress, siapa yang menjadi warden akan tahu peritnya membentuk modal insan, membentuk anak insan supaya menjadi soleh/solehah. kadang-kadang kita pula yang didendamnya kerana melakukan amar makruf nahi mungkar. Ahh...post kali ni memang luahan hati saya yang sebenar-benarnya.


hati guru yang bertugas sebagai warden, kadangkala sangat sukar. selalunya tindakan yang dilaksanakan warden akan disalah anggap. ahhh...saya sangat terkilan, tapi merekalah 'anak-anak' saya. Saya akan terus mendidik dan membimbing permata ummah ini. semoga Allah berikan kekuatan kepada kami yang bertugas sebagai warden.

Anak-anak umi yang disayangi....
Umi mengharap sebuah pengertian dari kalian, bukan sengaja umi dan mama mengenakan denda, memarahi kalian atas kesalahan yang kalian lakukan, marah kami kerana sayang. Marah kami kerana mahu kalian menjadi muslimah solehah mukminah, berperibadi unggul, teguh jati diri supaya mampu berdepan dengan dunia yang penuh cabaran dan godaan. Doa umi dan mama untuk kalian, semoga Allah memimpin hati-hati kita semua menuju redhaNya. Salam sayang..umi dan mama kalian.

cik Wardah : saya stress!!! tapi saya perlu kuat!!! -_-!