Ahad, 9 Januari 2011

Mahasiswa/wi dan Isu semasa

Selepas tamat sesi kuliah Qiraat tahun 2 pada jam 2 petang tadi, saya berjalan ke Maktabah Tauhid wan Nur, menemani sahabat yang juga adik beradik usrah saya sesi lepas Along Jannah ke Maktabah Tauhid wan Nur untuk membeli cenderamata buat sahabat yang akan menyambut hari kelahirannya esok hari. Rasa letih dan mengantuk menguasai diri. Niat untuk melelapkan mata sebelum azan asar berkumandang telah dipasang ketika berada dalam kelas lagi, namun, sebaik tiba di rumah, tiba-tiba berubah fikiran. Akhirnya menekan butang power laptop dan mula melayari internet, mencari bahan bacaan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Hari ini broadband sedikit mencabar kesabaran saya, namun tetap bertahan, dan Alhamdulillah, ia mengalah....hehehe...
Selepas solat asar, kedengaran satu suara halus memanggil dari luar...Acik...Acik...Assyemekum...Acik...saya tersenyum..pasti Aisyah,anak sulong Ustaz Fakrullah dan Kak Syikin yang tinggal di atas rumah kami. Saya membuka pintu, dan membawanya ke bilik saya, apalagi menonton cerita Geng Pengembaraan Upin dan Ipin, entah kali ke berapa, saya tak pasti. Ketika itu, saya langsung tiada idea untuk up-date blog. Selepas makan malam dan solat maghrib, Kak Syikin datang bertandang ke rumah kami bersama anak keduanya, Faqih. Seketika saya melayan keletah anak-anak yang comel ini sebelum menyedari ada seseorang memberi salam di ruangan chatting  facebook. Saya meninggalkan mereka kepada ahli bayt yang lain. Saya tersenyum. Anak saudara yang berusia 13 tahun, kini menetap di ibu negara yang menegur saya. Pantas saya menjawab salamnya. Lalu berlaku satu perbualan diluar dugaan saya.

Soalan pertama berbunyi begini, "Mak teh, betul ke Lady Gaga tu syaitan betina? Kak Long sedih sgt orang cakap kat dia macam tu..kak long minat sangat kat Lady Gaga.. Orang cakap video klip Lady Gaga puja syaitan.."

Soalan kedua, "Mak teh, baphomet tu apa?"

Soalan ketiga, "Mak Teh, boleh tak terangkan Dajjal tu apa? Kak Long nak tahu dengan lebih detail...ustazah kat sekolah garang sangat..kak long takut nak tanya...kalau tanya pun, bukan confirm  dapat jawapan pun...."

Soalan ketiga, "Mak Teh, dalam satu video klip tu, Lady Gaga diibaratkan seperti matahari dan ada 9 orang yang mengelilinginya, 9 orang ni diibaratkan seperti 9 planet...betul ke?"

Aduhhh....saya terkedu di saat menerima soalan pertama. Lady Gaga, satu nama yang popular dalam industri muzik antarabangsa, tambahan saya bukanlah dari jurusan muzik, saya jurusan tahfiz dan Qiraat. Soalan Dajjal tu, InsyaAllah la boleh jawab dengan mudah. Soalan ketiga pula, mengenai amalan illuminati/freemason, ia bukan satu perkara yang mudah untuk di terangkan kepada seorang remaja yang berumur 13 tahun, dan bukan dari sekolah agama. Dan Baphomet...kalau saya tidak pernah mengikut perkembangan Blackmetal, confirm saya terdiam begitu sahaja. Tiada jawapan diberikan. 

Alhamdulillah,segala persoalan yang di ajukan saya mampu memberi jawapan. Saya sangat bersyukur, sewaktu mencari idea untuk memberi jawapan yang terbaik, saya terfikir....sebagai mahasiswa/wi tidak kira dalam negara atau oversea, kita sepatutnya mengambil tahu isu semasa, tidak kira dalam/luar negara, ekonomi, muzik, agama, politik dan lain-lain. Tidak sepatutnya seorang mahasiswa/wi fokus kepada jurusan yang diambilnya sahaja. Lihat saja saya, saya adalah seorang mahasiswi Qiraat, bukan mengambil kursus perbandingan agama, bukan dari kursus muzik, tetapi saya disoal dengan soalan-soalan tersebut. Jika saya tidak pernah didedahkan dan tidak ada kesedaran untuk mengambil tahu isu-isu tersebut, bagaimana saya akan menjawab persoalan tersebut. Saya teringat kalam ex-Naqibah saya, Saudari Alang Aini Salim, beliau seringkali mengingatkan kami agar sentiasa mengambil tahu isu semasa dunia kerana dengan cara itu kita akan tahu perkembangan dunia Islam, bukan setakat tahu, tetapi kita akan berfikir bagaimana untuk bertindak. Juga meminjam kalam dari Penasihat Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011, Saudari Nor Azimah Arba'in, ketika beliau dijemput menjadi ahli panel untuk Forum Jabatan Muzakarah Berkelompok, " Mahasiswa perlu tahu isu semasa, sama ada politik, ekonomi, sukan, hiburan, agama dan lain-lain. Ini adalah modal untuk berdakwah. "

Kesimpulannya ialah, mahasiswa/wi tidak harus fokus terhadap satu perkara sahaja, tetapi harus mengambil tahu hal sekelilingnya. Kita punya kemudahan, internet boleh dicapai dimana-mana sahaja, saya percaya majoriti mahasiswa/wi mempunyai internet di rumah masing-masing dan telefon bimbit. Jika tiada komputer/laptop, telefon bimbit juga kian canggih mutakhir ini. Namun berapa ramai yang menggunakan kemudahan ini untuk kebaikan? tepuk dada, tanya Iman masing-masing. Ingat, segalanya akan disoal siasat di akhirat kelak.

p/s: bersama jayakan usul DPM Mansurah, memperkasakan jentera biah solehah dan hisbah, serta memegakan muzakarah berkelompok.

Jumaat, 7 Januari 2011

Belajarlah....

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.  
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.  
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami. 
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari. 
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.  
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.  
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.  
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.  
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.  

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

(dipetik dari www.iluvislam.com)

Kadangkala, dalam persahabatan, sentiasa ada perselisihan yang berlaku. Sentiasa ada yang tidak memuaskan hati. Pernahkah kita terfikir, kita hanya mahukan yang terbaik dari dia sebagai sahabat, namun adakah kita juga telah menjadi sahabat yang terbaik buat dia? Renungilah kalam dari Saidina Ali r.a :


"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang paling lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari." 

Renung-renungkan dan selamat beramal... 

Khamis, 6 Januari 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, broadband memberikan kerjasama yang baik hari ni (maksudnya...line ok la tu...hehehe) bolehlah saya up-date blog saya ni...sejak menggunakan broadband ni, saya telah berazam untuk tidak terus membiarkan blog saya bersawang lagi...insyaAllah...doa-doakan la ye...


Hari ni nak cerita apa ye? ermmm...hari ini, seperti kebiasaan, dari bulan 10 tahun 2010 yang lalu, setiap pagi Selasa & Khamis saya akan ke Dewan Persada Jazirah al-Ward (DPJA), DPM Mansurah untuk menghadiri kelas Ulum Tahun 1 Qiraat. Namun hari ini ada kelainannya. Selepas kelas, saya berjumpa Syeikh yang sangat saya hormati, meminta sedikit nasihat mengenai sesuatu. Dan di akhir kalam, Syeikh mengatakan sesuatu yang sangat memberi kesan kepada jiwa dan hati saya...saya translate la ye...Ulanglah Quran sebanyak yang mungkin setiap hari kerana al-Quran itu akan menjaga kamu dalam setiap keadaan terutama jika kamu diganggu makhluk halus. Saya terkesima. Kalam Syeikh memang tepat mengenai sasarannya. Saya akui, kebelakangan ini saya agak kurang bertemu dan berborak dengan kekasih saya yang ketiga itu...kekasih ketiga???? hmmm...kekasih pertama, Allah, kekasih kedua, RasulNya, dan yang ketiga, al-Quran. Al-Quran yang berada di dada ini adalah tanggungjawab sampai saya mati. Aduhhhh...saya bermuhasabah kembali. Apa tujuan saya datang ke Mesir ni? Belajar Qiraat untuk apa? Ya Allah...

Dalam perjalanan pulang ke rumah, otak saya berjalan dengan pantas. Satu persatu kesusahan ketika menghafal al-Quran menjengah ruang minda. Juga kalam-kalam nasihat dari guru al-Quran yang sangat saya kagumi terngiang-ngiang di corong telinga ini. Teringat kata-kata Ustaz Abdullah al-Mukhlis bin Abd. Aziz, Mahasiswa Kuliah Quran di Tanta, yang datang ke Mansurah untuk program SMART Q (program kecemerlangan Qiraat) hari tu...sesiapa yang tidak ada walaupun sejam dalam sehari untuk al-Quran, maka dia bukanlah ahlulQuran. Seperti seorang dae'i, jika hidupnya hanya bersenang lenang, makan, minum, tidur, dan kerja dae'i hanya dilakukan hanya selama 5 minit, itu tidak dinamakan dae'i. Saya tertegun di tepi Syari' Madhrob....


Teringat juga kalam Ustaz Sahari Anuar, anak murid Ustaz Sahari kena banyak berkorban, korban waktu makan, korban waktu makan, korban waktu tidur, korban waktu berborak korban segala-galanya untuk al-Quran. Ustaz, betullah kata ustaz, ketika di maahad ada orang yang boleh guard cara kita ulang dan hafal al-Quran, tapi selepas tamat maahad, tiada lagi orang yang akan guard kita. Masa tu, baru kita tahu siapa diri kita. Istiqamahkan kita?

Sama-sama muhasabah diri~

Rabu, 5 Januari 2011

untukmu Sahabat

hmmm....Seketika saya terpaku, mendengar alunan nasyid kumpulan Brothers...sahabat sejati. Teringat zaman menuntut di Maahad Tahfiz al-Quran Terengganu. erm...Terkenang waktu2 susah senang kami bersama di bumi Maahad...suka duka dilalui bersama...airmata dan gelak ketawa...waktu semangat down, mereka hadir memberi kekuatan, waktu sulit dilalui dengan mudah...waktu senang, kami gelak sama-sama...teringat ayat seorang sahabat...erm, mak saya kate suke(ketawa) dua saat je...sebabnya, kami semua hairan dia ketawa sekejap sangat, kemudian wajah dia kembali serius. Penuh kenangan. Kini masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang menuntut di USIM, KUIN, UIAM, Universiti al-Bayt (Jordan), Universiti al-Azhar (Mesir...Cairo ade, Mansurah pun ade...), UPSI, kat maktab pun ada...yang dah kahwin pun ade...

Entry kali ni saya tujukan buat sahabat-sahabat saya yang dirindui...Nur Dhabitah Abd.Wahab, Nurul Syuhada Ismail, Siti Fatimah Mohd, Farah Mohd Ja'far, Nor Nadiah Che Yusof, Nor Asiah Yusoff, Suriati Raman, Wan Nor Baini Wan Rosli, Syahirah Salwa Md. Harun, Siti Farahanie Md. Zain. Nur Taqiyyah Johan.Habsah Salleh. Nurul Hasanah Yahuza. Syahidatul Aftika Aifin Mansor.

Uhibbukunna lillahi taala... ;)