Sabtu, 13 Julai 2013

Novel Pelangi itu milik kita : Prolog dan Bab Satu

PROLOG

“Alhamdulillah” Dia berbisik perlahan sebaik sahaja kapal terbang yang dinaiki memasuki ruang udara bumi Malaysia. perlahan bibir mengukir senyum. Wajah-wajah yang tersayang segera menerpa ruang minda. Juga, wajah si dia yang ditinggalkan di bumi Mesir, turut sama bermain di ruang minda. Sedikit kehilangan terasa di ruang jiwa.

“Ahhh..biarlah..lagipun hanya aku yang tahu perasaan ini.” Dia mengenggam erat jari jemari. Pak cik di sebelah sudah bersiap sedia, melipat kain selimut Saudi Airlines.

Seketika kemudian, kapal terbang mendarat dengan selamat di Kuala Lumpur International Airport. Selesai mengambil beg dan barang-barang lain di ruangan luggage, dia melangkah perlahan ke ruang menunggu. Kelihatan dari jauh adik bongsu melambaikan tangan, di sebelahnya, ibu dan ayah tercinta melemparkan senyuman kerinduan. Tangan ibu dan ayah dikucup, dipeluk tubuh mereka dengan erat, tanda kerinduan yang menggunung tinggi. Tiga tahun hidup di rantauan, pastinya menguji perasaan.

Perlahan-lahan kereta Toyota Vios hitam meninggalkan perkarang KLIA. Masing-masing sibuk bercerita, bertanyakan soalan dan pelbagai lagi. Dalam keriuhan melayan kerenah adik beradik, fikirannya tetap terbang ke bumi Mesir. “Apakah perasaan dia setelah aku pergi dari mesir? Adakah sama seperti aku? Rasa kosong dan kehilangan.”

“Wahai hati..cukup! berhentilah berharap. Dia tak pernah tahu, dan takkan pernah tahu. Cuba terima kenyataan itu. Kau hanya bertepuk sebelah tangan.”

“Kakak…” Panggilan sang ibu memecahkan mimpi dia. Menoleh kea rah ibu yang berada di sebelah ayah yang sedang  memandu.

“Minggu lepas, kawan ibu ada tawarkan kerja di sekolah tempat dia mengajar. Nak tak? kalau nak, buat resume. Hantar pada dia.” Dia diam cuma. Aduh, nampaknya tak sempat la dia nak goyang kaki dua tiga bulan lagi…nafas ditarik sedalam yang mungkin.

Suasana di dalam kereta kembali sepi, adik-adik dan ibu tenggelam di dalam lena, hanya ayah yang setia memandu. Perjalanan ke Kuala Terengganu ditemani lagu-lagu nasyid dendangan in-team, unic dan Rabbani. Sesekali ayah menukarnya dengan zikir terapi dendangan Hafiz Hamidun. Najlaa melemparkan pandangan ke luar tingkap. Terasa janggal berada di negara sendiri. Melayu, India, Cina dan pelbagai warganegara asing, Bangladesh, Indonesia, Myanmar…Nafas ditarik sedalam yang mungkin.

Khayalannya terbang ke bumi Mesir lagi. DIA…ahh…peritnya memendam perasaan. Najlaa meraup wajah, cuba menghilangkan bayangan lelaki itu. Ya Allah, bantulah aku untuk lupakan rasa itu…dia tak pernah tahu…dan mungkin takkan pernah tahu…bantu aku ya Allah,,aku tidak mahu rasa sakit ini…perlahan matanya rapat.lena.

*******************************

BAB SATU

 

Ermmm…sejuknya, Najlaa menarik baju panasnya rapat ke tubuh. Menyidai kain baju yang siap dibasuh di ampaian pada pagi musim sejuk sangat mencabar. Angin yang bertiup dingin menyapa ramah, kadang-kadang bertindak ganas juga. Jiran arab yang tinggal di hadapan rumahnya, masih lagi tidur barangkali. Kawasan kejiranan itu juga sunyi sepi. Beginilah rutin masyarakat arab pada musim sejuk. Hibernate!

Selesai di ampaian, dia menapak ke ruang dapur. Bau nasi lemak memenuhi ruang. Kelihatan Kak Ina rancak memotong timun menjadi kepingan-kepingan nipis. Sesekali mengacau sambal bilis di dalam kuali. Najlaa tersenyum sendiri, teringat kenangan setahun yang lalu. Salah seorang ustaz di Maahad Tarbiyyah dan Tahfiz berpesan, belajar-belajar la makan roti, kat mesir tiada beras kalau nak makan nasi. Dia terlopong. Macamana hantu nasi seperti dia nak hidup di bumi Mesir nanti. Namun akhirnya terjawab di pagi hari pertama dia di Mesir, Kak Ina sebagai ketua rumah menyediakan nasi lemak!!!

“Hah..tu yang senyum sorang-sorang tu,,,kenapa? daripada awak senyum-senyum tu, meh sini tolong akak hidangkan breakfast ni…” Kak Ina bercekak pinggang, pura-pura marah.

“Alahai..mak tiri dah mula membebel dah…” Najlaa ketawa. Tangannya lincah mengambil beberapa pinggan dan sudu. Sambal bilis terhidang elok di dalam mangkuk, hirisan timun juga.

Afiqah, sebagai ahli yang paling junior masuk ke ruang dapur sambil menggaru-garu pipi.

“hah..yang ni pulak, tergaru sana, tergaru sini..pi basuh muka tu, gosok gigi..haduii..korang ni kan..macam-macam hal kalau hari minggu..jangan lupa bulatan gembira hari ni tau..eh, lupa lak nak bagitahu korang semua, bulatan gembira akak nak buat kat rumah kita..boleh kan?” Nasi lemak disenduk ke pinggan.

“Boleh je kak…Selepas bulatan gembira nanti, Najlaa nak pergi ke Sikkah Gadidah*…InsyaAllah Najlaa balik ba’da asar, qablu maghrib* ye kak…” Najlaa membuat symbol okey dengan jarinya. Kak Ina angguk tanda setuju.

“Haih..mana lagi adik-beradik kita ni..akak dah lapar ni…Takkan tak bangun lagi kot…tadi baru je dengar suara Nisa dan Syarifah…” Kak Ina menjenguk ke bilik Nisa dan Syarifah.

“Hmmm..kami dengar ada orang seru nama kami la…” Terjengul dua beradik dengan baju yang sama corak dan warna.

“Dan kami dengar ada orang nak pergi jalan-jalan ke Sikkah Gadidah la…” Nisa mencuit bahu Syarifah. Kedua-dua tersengih.

“Tak payahla korang nak berkias-kias, bermajaz-majaz ni..nak kirim tu, cakap je la..” Tempelak Najlaa.

“Semakin sayang la kat Kak Najlaa ni…nanti kami bagi duit ye..nak mintak tolong akak belikan jubah macam akak pakai selasa lepas tu, tapi nak warna biru, kalau takde biru, hijau pun boleh la…”

“Ok..adik-adikku sayang..udah-udah le tu..akak dah lapar ni..jom makan…Afiqah, boleh tolong bacakan doa tak…”

“Amin…” Serentak mereka mengaminkan bacaan doa.

Rumah sewa tiga bilik yang terletak di Masakin Mina, daerah Mansurah dihuni lima gadis dari negeri yang berbeza. Najlaa berasal dari Terengganu, Nisa dari Kedah, Syarifah dari Kelantan, Kak Ina dari Perak dan Afiqah pula dari Kuala Lumpur.

Kadang-kadang terasa juga berkomunikasi bagaikan ayam dan itik, bercampur loghat negeri masing-masing. Afiqah juga seperti hilang identity apabila menggunakan bahasa rojak. Sesekali loghat Terengganu campur Kedah, sesekali Kelantan campur Perak.

Cuaca selepas zohor begitu indah. Dedaun bertaburan di jalanan menandakan musim luruh berada di puncak dan akan tiba musim sejuk tidak lama lagi. Najlaa melihat jam di tangan sekilas. Dia termanggu sendiri. Mana pulak makcik sorang ni..tadi janji pukul 1.30 petang..ni yang tak best ni..dahla tercongok kat sini seorang diri. Pak ustaz seberang sana dah tengok aku lain macam ni..Najlaa berpura-pura membelek telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum…najlaa..sori, ana lambat...bulatan gembira ana lambat habis tadi..banyak sangat perbincangan..almaklumlah berbincang tentang tafsir surah as-Soff tadi..Pastu, susah jugak nak dapat tramco tadi…” Tercungap-cungap Azyan menerangkan sebeb kelewatannya. 

“Rilek, rilek..tarik nafas panjang-panjang..kan semput susah pulak kau nak round Sikkah Gadidah tu…” Najlaa menepuk-nepuk belakang Azyan. Dia bukannya marah sangat pun Azyan lewat, cuma kurang selesa apabila diperhatikan oleh jejaka nun seberang jalan, juga lelaki-lelaki arab yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat.  Sebuah teksi ditahan, selepas pemandu teksi bersetuju harga yang ditawarkan, mereka menuju ke Sikkah Gadidah dengan riang.

“Misi menghabiskan duit bermula…hehehe” Najlaa menggosok-gosok kedua tangannya seperti lagak Haji Bakhil dalam filem P. Ramlee. Azyan hanya tersengih, memandangkan dia sudah tahu perangai sahabatnya yang seorang itu memang gila-gila. Orangnya memang bagus, solat dijaga, tahajud, dhuha dan sebagainya, Cuma dia terlalu gila-gila orangnya. Jika tidak mengenali Najlaa, mungkin orang akan salah anggap. Mereka mengelilingi Sikkah Gadidah, tidak ketinggalan Sikkah Adim. Kain tudung, jubah, bunga plastik untuk hiasan meja study Najlaa, meja kecil yang berbentuk bulat untuk Azyan, kasut dan handbag.

“Jom singgah kedai ammu* tu…hari tu dia bagi banyak diskaun..” Azyan mendahului Najlaa keluar dari masjid. Asar telah berlalu. Najlaa menonong ikut dari belakang. Dia sudah letih. Separuh hari berjalan, memang menguji tahap staminanya. Azyan ralit memilih jubah yang digantung pada dinding kedai sambil melayan pakcik kedai berbual. Najlaa membetulkan tudungya yang sedikit senget. Matanya menangkap sehelai jubah yang cantik. Simple but nice! Detik hati Najlaa. Pantas tangannya memegang jubah tersebut. Serentak itu, ada tangan yang turut menyentuh jubah itu, dan suara bertanyakan harga.

“Dah bikam ya Ammu?” Suara seperti pelajar Malaysia. Najlaa menoleh ke kanan. Tangannya masih memegang jubah. Pelajar lelaki itu juga. Eh, dia! Desis hati Najlaa. Itulah jejaka yang memerhatikan dia dari seberang jalan tadi.

“Err…ustazah nak beli tak jubah ni? kalau ustazah tak nak, ana nak beli ni.” Lelaki itu kelihatan serba salah. Najlaa mengalah.

“Tak..saya nak tengok-tengok je…” Eh, biar betul ustazah ni, biasa kalau pelajar pengajian Islam, akan menggunakan ana anta kalau berbicara…tapi ustazah ni selamba je guna saya. Ke dia bukan pengajian Islam. Lelaki itu berteka teki sendiri.

“jom…ana dah selesai ni…kita kena cepat, nanti lambat sampai rumah. ” Azyan menepuk bahu Najlaa. Kemudian mereka beredar. Lelaki tadi membayar harga jubah dan masih berteka-teki sendiri.

Lamunan Najlaa’ terhenti apabila terdengar bunyi salam dari luar. Dia bingkas bangun, menyarung tudung  dan menjawab salam sambil membuka pintu. Puan Normah, ibu Najlaa pantas bergerak ke ruang tamu. Najlaa terpinga-pinga. Siapa ni? Tak pernah Nampak pun sebelum ni…namun kemesraan yang ditunjukkan Puan Normah menunjukkan wanita dan pasangannya itu bukan lagi orang asing.

“Masuk ..masuk, jemput duduk dulu ye Asiah, Mazlan.” Puan Normah melemparkan pandangannya sekilas kea rah Najlaa, dan Najlaa faham, itu isyarat menyatakan, buatkan air dan angkat kuih yang ibu buat tadi. Aku memang bijak membaca fikiran ibu. Senyum terukir di bibirnya.

Sayup-sayup dia terdengar dirinya menjadi subjek perbualan.

“Itu ke anak Mah yang belajar kar Mesir?” Puan Asiah mencuit lengan Puan Normah.

“Bila balik?” Mazlan menyambung soalan.

“Baru aje tu, dalam minggu lepas.”

“Dah minta kerja kat mana?” Mazlan membetulkan duduknya.

“Setakat ni dah hantar resume kat sekolah Menengah Tahfiz dan Tarbiah. ”

“Ooo..sekolah tu bagus. Pelajar-pelajarnya memang bagus. ” Puan Asiah tersenyum lagi.

haih…apahal pulak aku jadi topic perbualan ibu dan ayah? Tangannya tetap laju mengacau air sirap. Siap berdulang, Najlaa’ keluar menghidang.

“Ni..bunga dari Mesir ni dah ada yang punya ke belum?” Puan Asiah menarik Najlaa’ supaya duduk di sisinya. Najlaa’ tersipu. Mak Aih, dia Tanya soalan cepu mas la pulak!

 

“Errr…takde…” Najlaa’ membetulkan tudung yang dirasakan senget tiba-tiba. Puan Normah dan suami hanya tersenyum.

“Nanti bolehlah kenal-kenal dengan anak umi ye…anak umi tak belajar luar negara, tapi university dalam negara je…boleh ye?” Tangan kiri Najlaa’ digenggam lembut. Puan Asiah melemparkan senyum penuh makna. Najlaa’ diam seribu bahasa, menyatakan tidak, bimbang mengguris hati mereka yang berharap, menyatakan ye, dia pula yang kurang bersedia. Ditelan mati emak, diluah mati bapa, tidak ditelan dan diluah, dibimbangi dia pula yang mati. Bagi Najlaa’, perjalanan masih panjang.  Kerja pun masih belum dapat, takkan nak fikir kahwin pula.

 

 bersambung....... 

Isnin, 1 Julai 2013

Allah sayang padamu

kesibukan dalam melaksanakan tugas sebagai guru dan warden memang banyak menyekat pergerakan saya..sedikit sebanyak hidup saya terikut dengan gaya kehidupan di asrama. Fuhhhh...sibuk, busy dan perkataan yang sewaktu dengannya, saya sedaya mungkin tidak mahu menggunakan alasa itu untuk tidak bersama-sama seorang sahabat yang mendirikan rumahtangganya dua hari lepas, namun, apakan daya, saya hanya seorang pekerja dan fiqh aulawiyatnya mendorong saya untuk berada di sekolah...walaupun begitu, masih sempat meluangkan masa tiga hari sebelum majlis, dan pulang sehari sebelum majlis...ahhh, hati usah cakap la, sedih, terkilan semua ada...memang minggu lepas adalah minggu yang sangat............... (taknak sebut la)..minggu pertandingan syarahan tiga bahasa, nasyid, debat, rekacipta dan lain-lain...kalau nak mengeluh, memang tersangat panjang keluhan itu, namun sebagai anak tarbiyyah, saya perlu faham..itu tarbiyyah dan medan aplikasi tarbiyyah yang saya belajar secara teori sebelum ini...

TARBIYYAH

tarbiyyah....senang untuk menyebutnya, juga senang untuk menaipnya di ruang blog ini, namun bukan mudah untuk mengharungi jalan-jalan tarbiyyah yang telah Allah sediakan untuk kader-kader dakwah, andai jalan dakwah ini adalah hamparan merah yang ditaburi mawar merah diiringi irama indah, pasti ramai yang akan merelakan diri mereka untuk berjalan di atas hamparan tersebut, namun sayang, jalan dakwah ini bukan seperti itu, ia penuh duri, menyakitkan jiwa dan hati kader-kader dakwah itu sendiri, betapa perlunya iman yang kuat untuk terus bertahan, betapa perlunya kefahaman tergadap konsep redha, tawakal, yakin pada qada dan qadar Allah SWT. Ahhh..kadang-kadang diri ini juga terbabas! Sebagai kader dakwah, tak perlu kita menyoal mengapa ia terjadi demikian? mengapa aku difitnah? mengapa aku di uji? sedangkan kita sudah tahu, ia adalah sunnnatullah dalam jalan dakwah ini. menjadi warden, begitu payah, dan saya cuba membayangkan betapa payah lagi tugas rasul SAW dalam menyebarkan islam.

sahabat,
doakan saya terus thabat, terus tabah!



cik wardah : T_T saya terasa ingin pergi dari sini, i need second chance!