Isnin, 4 Jun 2012

Assalamualaikum semua..semoga kalian dalam rahmat Allah swt selalu...

hmmm...esok, 5 jun 2012, saya dan sahabat-sahabat tahun 3 Qiraat akan menduduki peperiksaan akhir...
first paper ialah qiraat ilmi...aduh! nervous!!!

tapi pape pun, saya akan cuba yang terbaik...banyak tanggungjawab di bumi Malaysia menanti saya...

doakan saya ye ... :)

cik wardah : @_@ pening suda ....gambate!!!

Khamis, 26 April 2012

stress???

kadang-kadang ada orang mampu menyembunyikan stress...tapi..kadang-kadang, ada juga orang yang tak mampu untuk sembunyikannya...

ada orang bila stress, tarik muka 14 inci...

ada orang bila stress, tarik muncung, jadi macam donald duck...

ada orang bila stress, semua benda tak kena, semua orang dia nak marah, biarpun kesalahan kecil je...

ada orang bila stress, cepat bebenornya sensitif...terasa hati...mula la menjauhkan diri...

ada orang bila stress, semua orang akan ditengkingnya...

............................................................................................................................

huhuhu..hari ini saya pilih tajuk stress, mungkinkah saya sedang stress??? mungkin juga ya, dan mungkin juga tidak...biasa la...musim exam ni...ramai manusia disekeliling saya, termasuk saya...diserang penyakit stress...macam-macam ragam...kadang-kadang orang yang kita rasa kita dah kenal rapat dengannya, kita jadi tak kenal...seolah-olah dia dulu dan dia sekarang adalah manusia yang berbeza...

saya pernah borak-borak dengan seorang pelajar senior, mengapa manusia stress?

sebab tekanan, masalah dan pelbagai perkara yang boleh beri tekanan. walaupun kadang-kadang bagi kita it's a small matter...but for some peole, it's a big problem. Jadi kat sini penting kita bezakan masalah kecil dan masalah besar.

macamana nak kawal stress? kalau boleh nak hilangkannya?

ermmm....banyakkan zikir..istighfar kepada Allah SWT...ataupun berwuduk, solat dua rakaat, ataupun mengaji al-Quran..paling penting elakkan dari mendengar muzik-muzik yang lagha/lalai...

..............................................................................................................................

amacam? dah dapat cara  atasi stress? jom kita sesama amalkannya...



cik Wardah ; exm oh exam....saya yakin dengan Allah.. :)

Rabu, 11 April 2012

ku cari redhaMu ya Allah

bahang imtihan (exam) semakin terasa, hari demi hari, semakin menghampirinya, adik- adik tahun satu dan dua qiraat akan melaluinya dahulu, 24 dan 26 april ini, kemudian di ikuti pelajar kuliah, 12 mei...


aduh..kekadang jiwa rasa tergugah melihat sahabat-sahabat sekelas pulun mengulang al-Quran, study itu itu, hafal matan sampai lunyai buku matan...tp saya, kekadang sempat baca semuka, kekadang just dengar bacaan al-Quran melalui mp3 dan laptop...saya harus kuat, saya bukan saja-saja ambil taklifan ni, saya nak cari redha Allah...REDHA ALLAH...


ade sorang senior saya cakap...dah dekat exam ni, fikirkan diri kita sendiri, kalau ade program tu, tak payah pergi la, exam dah dekat, sebulan setengah je lagi, kalau ade sahabat-sahabat yang sakit tu, tak payah duduk dekat dengan dia, bimbang berjangkit, dekat-dekat exam ni, kena jaga kesihatan, jaga tubuh badan...


sahabat-sahabat yang saya sayangi...


jangan kita lupa, Allah telah berfirman dalam satu hadis qudsi,


"wahai hambaku, tunaikan lah hak-hak Aku.." lalu hamba bertanya, "apakah hak-hakMU?"


Allah jawab, "Apabila salah seorang hambaKu lapar, bagilah ia makan, apabila salah seorang hambaKu dahaga, bagilah ia minum, apabila salah seorang hambaKu sakit, ziarahlah dia..."


..................................................................................................................................................................


cuba letakkan kita di tempat orang yang sakit tu, 


bayangkan, dah sakit, tak sihat, takde orang datang ziarah, kalau yang datang ziarah plak, duduk jauh je, bimbang berjangkit....


ya Allah, sedihnya hati...


..................................................................................................................................................................


sahabat-sahabat yang saya sayangi.....


jika Allah tanya di akhirat nanti, kenapa kamu tak pergi ziarah sahabat yang sakit?


adakah jawapan kita, " masa tu, saya tengah exam, bimbang berjangkit la..."


agak-agak la kan...LOGIK ke jawapan yang kita bagi kat Allah tu...


pikir-pikirkan la....




cik wardah : yakin dengan Allah..yang memberi mudharat itu hanya Allah, yang beri kebaikan itu, hanya Allah, manusia tak boleh buat apa-apa melainkan Allah dah tetapkan macam tu... peace..no war... :)

Rabu, 11 Januari 2012

Alhamdulillah~

assalamualaikum semua..semoga ceria - ceria selalu... ^_^ .....hmmm..anda dah baca entry saya sebelum ni? mengenai kebakaran di dewan banat tu...huhu..sebenarnya...umah saya atas dewan tu...memang nak share ngan kalian semua pengalaman yang cemas dan mendebarkan tu, tp umah saya terputus bekalan elektrik selama 2 hari, dan internet pula...hari ni baru boleh bukak...dugaan....

sekarang ni...saya just nak ceritakan betapa bersyukurnya saya kepada Allah, kerana masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumiNya...Allahu rabbi~ juga, ia mengingatkan saya bahawa mati sentiasa mengekori saya...

manusia yang bijak ialah manusia yang selalu ingat mati~

sekian..hingga jumpa lagi dlm entry yang akan datang... :)

Khamis, 5 Januari 2012

Peristiwa Kebakaran di Dewan Banat, Utubis Gadid




Dewan Persada Jazirah Al - Ward (DPJA) Mansurah - Isnin , 2 Jan 2012 . Penduduk imarah DPJA digemparkan dengankebakaran kotak elektrik diluar dewan banat awal pagi ini .
Kejadian yang berlaku disedari oleh beberapa orang mahasiswi ketika terbau asap yang mencurigakan lantas turun ke markaz 1 untuk menyiasat.Ketika turun ke bawah, seorang mahasiswi menyedari kelibat api datang dari dewan bawah.Tanpa berlengah, mereka mengejutkan penduduk imarah dan semua diarahkan keluar dari kawasan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang lebih besar berlaku.

Beberapa orang mahasisiwi cuba mendapatkan bantuan dengan menelefon ikhwah yang tinggal di kawasan berhampiran Utubis Gadid serta beberapa orang warga Arab dari kedai berhampiran. Api yang berpunca dari kotak elektrik itu akhrinya berjaya dipadamkan sekitar 5.30pagi dengan menggunakan pasir.

Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan semua yang terlibat berada dalam keadaan selamat.Penduduk imarah tersebut juga dibenarkan untuk tinggal di rumah masing-masing sejurus selepas api berjaya dipadamkan walaupun mengalami masalah terputus bekalan elektrik.
Mahasiswa/wi Mansurah diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri, sahabat sekeliling serta harta benda masing-masing terutama ketika musim imtihan yang sedang berjalan.


sumber : http://dpm-mansoura.blogspot.com


cik Wardah : alhamdulillah..masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ini.. :)

Khamis, 29 Disember 2011

musim Imtihan

Assalamualaikum...selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad saw..apa khabar sahabat pembaca semua? Semoga sentiasa dalam rahmat dan hidayah Alah swt. 

Musim Imtihan (exam) kembali lagi menemui students pengajian Islam. Adik-beradik (housemates) kelihatan busy, mengelek kitab-kitab kuliah, nota-nota sentiasa berada di tangan walau dimana berada, dalam mesyuarat, di pasar, menunggu tramco (van sewa)...dan saya, selaku student Qiraat, juga terkena tempias exam, turut sama menelaah buku, seolah-olah saya juga akan exam pada 1 januari ini. 

Selamat menempuh imtihan..semoga kejayaan imtihan dunia ini menjadi wasilah untuk berjaya dalam imtihan akhirat kelak~

bittaufiqwannajah~


cik Wardah : matan oh matan~ ^_^

Selasa, 13 Disember 2011

Sollu 'ala Nabiyy

Seronok melihat sahabat-sahabat saya yang ada blog update blog mereka. Memastikan blog di update walaupun satu entry seminggu.  Saya cuba nak jadi macam mereka, namun inilah saya. Lebih banyak tugas yang perlu di utamakan.

Hmmm..semalam, saya menjadi penterjemah merangkap tenaga pengajar buat pelajar-pelajar tahun satu Qiraat. Tugas kami penterjemah adalah membantu mereka memahami isi kitab yang totally arabic. Saya menterjemah dengan rancak sehingga tiba di bab mengapa al-Quran diturunkan secara munajjaman (berperingkat), bukan secara jumlatan wahidah (sekaligus).Tiba-tiba saya jadi sebak. Sebelum saya ceritakan mengapa saya jadi sebak, saya hidangkan terlebih dahulu rahsia mengapa al-Quran diturunkan secara berperingkat.

Pertama : Sebagai membesarkan dan memuliakan al-Quran dan orang yang diturunkan al-Quran ke atasnya, iaitu Nabi Muhammad saw. Selain itu sebagai iklan ataupun pemberitahuan kepada seluruh penduduk langit bahawa al-Quran ini adalah kitab samawi yang terakhir diturunkan kepada rasul yang terakhir, umat yang mulia dan terakhir.

Kedua : Pada awalnya al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz  ke Baitul Izzah yang berada di langit dunia secara sekaligus, tetapi dari Baitul Izzah ke Nabi Muhammad saw secara berperingkat mengikut peristiwa dan waktu yang ditetapkan. Ini merupakan cara Allah SWT memuliakan dan membezakan Nabi Muhammad dari nabi-nabi yang lain. Diturunkan secara berperingkat juga sebagai salah satu cara Allah swt menjaga al-Quran. Berbanding kitab-kitab samawi yang lain seperti Injil, al-Quran terpelihara dari di ubahsuai dan diselewengkan.

Masih banyak lagi isi dari bab ini yang nak ditulis, namun saya mengambil dua isi ini sahaja sebagai tatapan kita semua.

Mengapa saya sebak? sedangkan isi-isi ini kelihatan biasa sahaja...mesti kalian hairan. Hmm..ketika mana syeikh saya menghuraikan point yang kedua, diturunkan secara berperingkat mengikut peristiwa dan waktu yang ditetapkan. Kata Syeikh, umat Nabi Muhammad adalah umat yang paling disayangi oleh Allah swt. Jika dulu, umat Nabi Nuh as, buat salah terus Allah jatuhkan azabNya, begitu juga dengan Nabi Saleh as dan nabi-nabi yang lain. Umat Nabi Muhammad pula, Allah menegur kesilapan mereka melalui al-Quran, dan azabNya ditangguhkan. Saya jadi sebak. Nabi Muhammad saw sangat cintakan umat baginda, sehingga ajal datang menjemput, baginda masih mengingati umat yang akan ditinggalkan. Bukan ganjaran apa yang akan diterima baginda yang ditanya pada Jibril as tatkala Jibril as datang menziarahi ketika nazak, tapi yang disoal, apa yang akan diterima oleh umat baginda di hari kiamat kelak. Sayangnya baginda terhadap kita. namun sejauh mana kasih sayang kita terahadap baginda? Agak-agak dah berapa kali kita selawat Nabi Muhammad hari ni? Dengan isu terbaru yang timbul di Malaysia, video menghina Hudud Allah swt, saya jadi sedih. Benarlah sabda baginda saw, aku tinggalkan untuk kalian al-quran dan as-sunnah, berpeganglah pada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat.


cik Wardah : Hohoho...sekarang waktu ke kuliah~ ok..out dulu ye semua...mujahadah kena kuat time musim sejuk ni...walau tiada salji, angin yang bertiup sudah cukup untuk membekukan saya~ aslmkm... ^^, Jom berselawat selalu~