Isnin, 27 Disember 2010

kita PMRAM

Hari ini, tanggal 27 Disember 2010, Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM cawangan Mansurah telah mengadakan Kolokium Ilmuan atau nama singkatannya, Q siri kedua. Majlis yang bermula pada jam 7.30 pagi dirasmikan oleh Ustaz Mohd Alifuddin Ramlee, selaku pemangku Pengerusi DPM Mansurah.

Kolokium Ilmuan (Q) adalah satu program anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM khusus bagi mahasiswa/wi tahun 1. Program yang bertemakan “Memartabatkan Pembentukan Insani” adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai Islam kepada para peserta seterusnya membentuk asas yang kukuh dalam diri mahasiswi Islam yang sebenar. Selain itu, tujuan Q dianjurkan adalah untuk memperkenalkan peranan PMRAM dalam pembentukan keperibadian muslim.

Apa yang saya cuba sampaikan pada entry kali ni agaknya ye...??? mesti sahabat-sahabat sekelian tertanya-tanya. hmmmm....sebenarnya, saya terkesan dengan lagu tema PMRAM : UNTUKMU PMRAM.

Sekian lama
Kau menaungi kami
Sekian lama
Kau bersama kami
Susah dan senang
kami disini
Kau tetap setia disisi

Sekian lama
Kau menaungi kami
Sekian lama
Kau bersama kami
Susah senangmu
kami rasai
cintamu tetap dihati

Kini kami tahu
Hebatnya sejarahmu yang dulu
Kegemilangan usiamu yang dulu
Menjadi sumber inspirasi

Untukmu PMRAM 3x
Kami pertahankan
Demi menegakkan
Kesinambunganmu yang agung
Gemilang
Yang tak pernah padam
Ditelan zaman nan silam
Engkaulah yang satu
Masih gagah dan jitu
Kebijaksanaan dan kematanganmu
Bukti kejayaan
Kau terus dijulang 2x
Lambang perpaduan 2x

Tatkala teringat peristiwa kami Qiraat 2009/2012 tak dapat masuk exam kerana kelembapan gerak kerja JPMK. Pihak PMRAM secara amnya, dan DPMM secara khususnya banyak membantu, memberi semangat. Terbayang-bayang di minda ini, wajah2 BP PMRAM yang hadir ke Maahad Qiraat Fataayat Mansurah bersama Exco Pendidikan DPM Mansurah 2009/2010, Us MOhd Zahimie Dzahid, juga wajah Presiden DPM Mansurah sesi lepas, Us Amirul Hasim yang mengadakan perjumpaan beberapa kali dengan kami bagi menerangkan keadaan sebenar ketika itu. Lepas peristiwa tak dapat masuk exam, sahabat kami pula kemalangan. Lepas tu, senior-senior Qiraat mengadakan satu program untuk memberi suntikan semangat. Saya cukup terharu, betapa prihatinnya mereka pada kami. Walaupun ia telah berakhir, ia tetap meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa saya. Selepas peristiwa itu, setiap kali saya mendengar alunan lagu tema PMRAM, pasti jiwa saya tersentuh, paling kurang ada sebak yang hadir di sanubari ini, kadangkala, ada air mata yang mengalir. 



Saya akan terus berkhidmat untuk PMRAM sebagai tanda penghargaan saya kepadanya, juga kerana saya telah jatuh cinta padanya. InsyaAllah.



logo PMRAM


Tiada ulasan: