Rabu, 8 Disember 2010

Semangat yang turun naik

hmmm...nampaknya kali ni saya tinggalkan blog saya tanpa diupdate dengan lebih lama. Seringkali rakan-rakan bolgger menyarankan saya agar teruskan usaha untuk menulis. Saya katakan sekali lagi, saya tidak punya kemudahan untuk menulis dengan lebih kerap(tiada laptop/komputer sendiri. internet.). Dan sekali lagi mereka menyarankan agar menulis didalam sebuah buku dan jika punya masa ke pusat komputer untuk update blog. Aduh! saya terpana. Namun, saranan itu tetap terbiar sepi....sepi...dan sepi...tanpa tindakan.
Dan hari ini, saya kembali membuka blog yang sekian lama terbiar sepi tanpa sentuhan dari saya.

Seperti saya, ramai lagi diluar sana yang mempunyai semangat yang turun naik seperti saya. Bukan dalam masalah menulis sahaja, tetapi dalam kehidupan seharian. Dulu, ketika saya dalam proses untuk menghafaz al-Quran, semangat yang turun naik menjadi satu masalah yang sangat  besar ketika itu (teringat zaman didenda berdiri ditengah padang oleh Us. Sahari Anuar). Pernah suatu ketika, kerana semangat yang tak konsisten ini, saya jadi seorang yang sangat pemalas, malas nk menghafaz. Panjang nasihat yang guru saya berikan. Terkesan sehingga ke hari ini. Walaupun begitu, sebagai manusia biasa saya tidak terlepas untuk mengalaminya lagi. Jadi, terlintas di minda saya bagaimana untuk terus konsisten dengan semangat yang membara ni?

Setelah termenung dan berfikir beberapa ketika, saya mendapat satu kesimpulan. Bagaimana para nabi, para sahabat, tabi' dan tabi'in terus bersemangat meneruskan perjuangan mereka sedangkan mereka sentiasa dilanda ujian dan dugaan dalam hidup mereka? Jawapannya hanya satu...iaitu mereka sentiasa dekat dengan Allah SWT. Amalan qiamullail menjadi kebiasaan dalam hidup mereka. Bukankah Allah telah berfirman dalam surah al-Isra', ayat 79, yang bermaksud :

" Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud. Mudah-mudahan kamu dibangkitkan oleh TuhanMu di maqam yang terpuji."

 Amalan membaca dan mentadabbur ayat-ayat suci al-Quran menjadi rutin hidup mereka. Al-Quran juga menjadi pencetus semangat dan menjadi ubat kepada setiap ujian yang melanda. Jika dihayati al-Quran, setiap patah merupakan pencetus motivasi kepada kita. Amalan-amalan sunat yang lain mengiringi kehidupan mereka...dan mereka tahu matlamat hidup mereka, iaitu redha Allah. Apa sahaja yang mereka lakukan adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Maka, sama-samalah kita istiqamahkan diri masing-masing untuk bangun malam, mendekatkan diri kepada Dia yang sentiasa menanti kehadiran kita di satu pertiga malam. wallahu'alam.

Tiada ulasan: