Memaparkan catatan dengan label iktibar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iktibar. Papar semua catatan

Khamis, 14 Julai 2011

Tarbiyah Allah itu ada dimana sahaja..buka hati, celikkan minda...

          Setelah sekian lama meninggalkan blog ini...kadang-kadang idea ada, tapi jari ini terlalu malas untuk menaip, dan kadang-kadang bila jari rajin, idea pula yang malas muncul...bukan itu sahaja, masa juga memainkan peranannya...heh~ alasan ni...bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih....

        Alhamdulillah..akhirnya Allah datangkan sesuatu untuk saya hidangkan untuk entry terbaru ini...TARBIYAH...sudah banyak kali kita mendengar kalimah ini...apa itu TARBIYAH??? makna Tarbiyah secara umumnya ialah didikan. 

       Buah tangan yang Allah beri dalam bentuk tarbiyah ini ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat yang saya sayangi...

      Setelah berkampung di Hayyu 'Asyir, Asrama pelajar Terengganu Kaherah (KPT atau lebih sinonim BKAN Terengganu) selama 4 hari 3 malam, menemankan sahabat yang  menduduki peperiksaan Markaz Lughah (kelas Bahasa Arab), akhirnya kami berdua pulang ke bumi Mansurah pada hari Rabu, 13 Julai 2011. Tercatat satu sejarah yang manis dalam hidup saya. 

      Perjalanan pulang ke Mansurah pada mulanya berjalan dengan lancar. Dari Souq Sayyarat, kami mendapat khidmat tramco (van sewa) dengan mudah, kemudian sampai ke Ramsis, stesen bas, beli tiket. Dapat sebuah bas yang agak selesa, aircondnya bagus, menepati citarasa saya, maklumlah, sekarang ni musim panas, suhu kadang-kadang mencecah 35 darjah celcius. Aircond  dan kipas menjadi satu kemestian. Perjalanan kami bermula jam 3 petang. Setelah dua jam perjalanan bermula, tibalah masa sejarah terukir, tarbiyah yang Allah nak sampaikan pada saya. Jam di handphone  saya menunjukkan pukul 5 tepat. Serentak dengan itu juga, enjin bas mati. Ammu (pakcik) driver cuba menghidupkan enjin, cubaan pertama beliau berjaya. Bas meneruskan perjalanannya, raut wajah penumpang rata-rata memaparkan kesyukuran. Tapi, kegembiraan kami tidak bertahan lama, selang beberapa minit, enjin bas mati lagi. Aduhhhh...saya mengeluh sendiri. Kemudian berkata kepada sahabat disebelah, " Macamana ni?? kita kena sampai sebelum maghrib...jom turun nak...ramai je arab turun ni..panas duk dlm ni..." Kami turun dari bas, kelihatan beberapa orang penumpang arab yang turun lebih awal dari kami, telah mendapatkan tramco (van sewa). Lalu saya dan sahabat membuat keputusan untuk mengikut jejak langkah arab-arab tadi. Fuh...masa ni memang tawakal la...kami berdua sahaja penumpang Malaysia bas tersebut. Bayangkan...kawasan tu plak, kawasan sungai Nil, tiada kedai, bukan pekan...yang ada hanya kenderaan lalu-lalang. Saya cuba bertanya pada makcik arab yang duduk sebelah saya, macamana nak ke Mansurah dari situ...dan jawapannya sangat menghairankan saya, aku tak tahu...engkau tahu ke macamana nak ke Mansurah dari sini? (mungkin dia tanya saya kembali sebab dia nampak saya angkut semua barang-barang saya turun dari bas). Akhirnya, saya dan sahabat ikut la Mak cik yang seorang lagi, yang ada anak lelaki dalam lingkungan 10 tahun. Ada seorang pemuda bersama kami menahan sebuah tramco, dan tramco tersebut menawarkan Le 10. Arab dalam kelompok kami sepakat tak terima. Semua kata mahal. Aduhhhh...saya merungut, 10 genih je pun...tu pun berkira. Tunggu lagi. Beberapa minit kemudian, muncul sebuah mini bas, dia menawarkan untuk hantar kami ke sebuah tempat bernama Midgham, disitu ade tramco yang akan hantar kami ke Mansurah. Bayaran ke Midgham hanya Nus  genih(50 sen). Dari tempat bas rosak ke Midgham mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit. Setibanya di Midgham, ade tiga buah tramco yang sedang menanti penumpang yang akan ke Mansurah. ketika itu saya bersyukur yang amat. Dari Midgham ke Mansurah, bayarannya pula sebanyak Le 2.00 (duit Malaysia dalam Rm 1 kot..) perjalanan mengambil masa 30 hingga 40 minit. Tramco ini berhenti di Sandub, dari  Sandub, kami naik tramco lain pula untuk ke Utubis Jadid, balik ke Markaz HEWI. Kami tiba di Markaz HEWI pada jam 6.50 petang. 

         Sepanjang perjalanan dari Midgham ke Mansurah saya berfikir, ada  sesuatu yang Allah nak sampaikan sebenarnya. Pertama : Allah nak ajar jiwa saya supaya banyak berkorban, korbankan harta, jiwa, masa untuk tegakkan Islam. Sebagaimana, saya kena korbankan masa (bas rosak, tunggu bas di baiki, tunggu tramco lain..), korbankan harta (duit tiket bas, duit tambang tramco-tramco lain..), korbankan jiwa (letih, penat, semua ada..), itulah yang harus saya laksanakan andai ingin Islam tegak di bumi Allah ini. 

Kedua : Hidup ini banyak perhentiannya. Andai tersilap pilih jalan, maka tersesatlah kita. Sebagaimana saya, yang perlu melalui perhentian-perhentian (tempat bas rosak-Midgham-Sandub-Utubis Jadid), kemudian perlu memilih tramco yang betul agar sampai ke destinasi yang betul, begitu juga dengan hidup ini. Pilik sahabat yang baik, yang mampu memimpin kita menuju cinta dan Redha Allah, pilih cara hidup Islam agar Syurga Allah itu menjadi milik kita.

Ketiga : Andai tidak tahu sesuatu perkara, tanya la...ringankan mulut anda. Malu biar bertempat. Laksanakan sesuatu perkara atas dasar faham, bukan taklid semata-mata. 

Keempat : Ukhwah islamiyah itu penting. Sebagaimana Makcik Arab yang ada anak lelaki tadi, beliau sentiasa pastikan kami mengikuti mereka. Begitu juga beberapa orang pakcik, yang memberitahu kami, tramco mana yang akan ke Mansurah. Sikap yang sangat saya bangga pada orang Arab, sangat suka tolong menolong sesama mereka yang kesusahan. Walaupun kami orang Malaysia, kami tidak ditinggalkan di belakang. Terima Kasih. 

Kelima : Sabar. 

Keenam : Tawakal (berserah kepada Allah swt.)

Ketujuh : Nak jadi daei' ni bukannya mudah, banyak dugaan dan ujian yang akan menyertai kita sepanjang perjalanan tersebut, so, dekatkan diri dengan Allah swt agar diberi kekuatan untuk melaluinya. 

dan sebelum melalui tarbiyah ini, saya terlebih dahulu di uji oleh Allah swt, berita ibunda tercinta dimasukkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah...hati sudah duka, namun Allah datangkan lagi tarbiyah ini, syukur, Alhamdulillah, jiwa saya mampu menghadapi berita tersebut dengan lebih tabah dari sebelum ini. Saya tahu, Allah sayangkan saya, juga anda semua. Percayalah, setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita ni, tidak kira gembira atau sedih, marah atau kecewa, semuanya ada hikmah, yang mana, setiap satunya mempamerkan kasih dan cintanya Allah pada kita, tak pernah kurang walau sezarah sekalipun.

Banyak lagi yang boleh saya ambil iktibar dari perjalan ini..namun setakat ini dulu perkongsian saya dengan anda...mata sudah mengantuk, jari jemari sudah penat, otak sudah letih...sehingga jumpa lagi...wassalam...


cik Wardah said : bila la nak habiskan baca buku Fanzuru : lihatlah : lagit ilahi 3 : karya Hilal Asyraf....???


Ahad, 9 Januari 2011

Mahasiswa/wi dan Isu semasa

Selepas tamat sesi kuliah Qiraat tahun 2 pada jam 2 petang tadi, saya berjalan ke Maktabah Tauhid wan Nur, menemani sahabat yang juga adik beradik usrah saya sesi lepas Along Jannah ke Maktabah Tauhid wan Nur untuk membeli cenderamata buat sahabat yang akan menyambut hari kelahirannya esok hari. Rasa letih dan mengantuk menguasai diri. Niat untuk melelapkan mata sebelum azan asar berkumandang telah dipasang ketika berada dalam kelas lagi, namun, sebaik tiba di rumah, tiba-tiba berubah fikiran. Akhirnya menekan butang power laptop dan mula melayari internet, mencari bahan bacaan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Hari ini broadband sedikit mencabar kesabaran saya, namun tetap bertahan, dan Alhamdulillah, ia mengalah....hehehe...
Selepas solat asar, kedengaran satu suara halus memanggil dari luar...Acik...Acik...Assyemekum...Acik...saya tersenyum..pasti Aisyah,anak sulong Ustaz Fakrullah dan Kak Syikin yang tinggal di atas rumah kami. Saya membuka pintu, dan membawanya ke bilik saya, apalagi menonton cerita Geng Pengembaraan Upin dan Ipin, entah kali ke berapa, saya tak pasti. Ketika itu, saya langsung tiada idea untuk up-date blog. Selepas makan malam dan solat maghrib, Kak Syikin datang bertandang ke rumah kami bersama anak keduanya, Faqih. Seketika saya melayan keletah anak-anak yang comel ini sebelum menyedari ada seseorang memberi salam di ruangan chatting  facebook. Saya meninggalkan mereka kepada ahli bayt yang lain. Saya tersenyum. Anak saudara yang berusia 13 tahun, kini menetap di ibu negara yang menegur saya. Pantas saya menjawab salamnya. Lalu berlaku satu perbualan diluar dugaan saya.

Soalan pertama berbunyi begini, "Mak teh, betul ke Lady Gaga tu syaitan betina? Kak Long sedih sgt orang cakap kat dia macam tu..kak long minat sangat kat Lady Gaga.. Orang cakap video klip Lady Gaga puja syaitan.."

Soalan kedua, "Mak teh, baphomet tu apa?"

Soalan ketiga, "Mak Teh, boleh tak terangkan Dajjal tu apa? Kak Long nak tahu dengan lebih detail...ustazah kat sekolah garang sangat..kak long takut nak tanya...kalau tanya pun, bukan confirm  dapat jawapan pun...."

Soalan ketiga, "Mak Teh, dalam satu video klip tu, Lady Gaga diibaratkan seperti matahari dan ada 9 orang yang mengelilinginya, 9 orang ni diibaratkan seperti 9 planet...betul ke?"

Aduhhh....saya terkedu di saat menerima soalan pertama. Lady Gaga, satu nama yang popular dalam industri muzik antarabangsa, tambahan saya bukanlah dari jurusan muzik, saya jurusan tahfiz dan Qiraat. Soalan Dajjal tu, InsyaAllah la boleh jawab dengan mudah. Soalan ketiga pula, mengenai amalan illuminati/freemason, ia bukan satu perkara yang mudah untuk di terangkan kepada seorang remaja yang berumur 13 tahun, dan bukan dari sekolah agama. Dan Baphomet...kalau saya tidak pernah mengikut perkembangan Blackmetal, confirm saya terdiam begitu sahaja. Tiada jawapan diberikan. 

Alhamdulillah,segala persoalan yang di ajukan saya mampu memberi jawapan. Saya sangat bersyukur, sewaktu mencari idea untuk memberi jawapan yang terbaik, saya terfikir....sebagai mahasiswa/wi tidak kira dalam negara atau oversea, kita sepatutnya mengambil tahu isu semasa, tidak kira dalam/luar negara, ekonomi, muzik, agama, politik dan lain-lain. Tidak sepatutnya seorang mahasiswa/wi fokus kepada jurusan yang diambilnya sahaja. Lihat saja saya, saya adalah seorang mahasiswi Qiraat, bukan mengambil kursus perbandingan agama, bukan dari kursus muzik, tetapi saya disoal dengan soalan-soalan tersebut. Jika saya tidak pernah didedahkan dan tidak ada kesedaran untuk mengambil tahu isu-isu tersebut, bagaimana saya akan menjawab persoalan tersebut. Saya teringat kalam ex-Naqibah saya, Saudari Alang Aini Salim, beliau seringkali mengingatkan kami agar sentiasa mengambil tahu isu semasa dunia kerana dengan cara itu kita akan tahu perkembangan dunia Islam, bukan setakat tahu, tetapi kita akan berfikir bagaimana untuk bertindak. Juga meminjam kalam dari Penasihat Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 2010/2011, Saudari Nor Azimah Arba'in, ketika beliau dijemput menjadi ahli panel untuk Forum Jabatan Muzakarah Berkelompok, " Mahasiswa perlu tahu isu semasa, sama ada politik, ekonomi, sukan, hiburan, agama dan lain-lain. Ini adalah modal untuk berdakwah. "

Kesimpulannya ialah, mahasiswa/wi tidak harus fokus terhadap satu perkara sahaja, tetapi harus mengambil tahu hal sekelilingnya. Kita punya kemudahan, internet boleh dicapai dimana-mana sahaja, saya percaya majoriti mahasiswa/wi mempunyai internet di rumah masing-masing dan telefon bimbit. Jika tiada komputer/laptop, telefon bimbit juga kian canggih mutakhir ini. Namun berapa ramai yang menggunakan kemudahan ini untuk kebaikan? tepuk dada, tanya Iman masing-masing. Ingat, segalanya akan disoal siasat di akhirat kelak.

p/s: bersama jayakan usul DPM Mansurah, memperkasakan jentera biah solehah dan hisbah, serta memegakan muzakarah berkelompok.

Isnin, 28 Disember 2009

Hidayah

3 minggu lepas,kawan serumah saya sedang sibuk membalas emel sahabatnya dari Malaysia...saya tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu siapakah gerangannya sahabat beliau itu...maklumla,hal peribadi...tiba-tiba.sahabat saya itu,biarlah saya namakan sebagai Nuur...dia memanggil nama saya..dia bertanya,macamana yek...kawan akak ni nk masuk Islam,tapi keluarga dia plak yang menghalang...macam2 persoalan yang timbul....sanggup ke kawan akak tu tinggalkan ayah dia yang dah tanggung makan minum dia selama ni..?pastu,kalu masuk Islam nanti,macam terputus hubungan kita...kan kena tukar nama,kena binti Abdullah... saya terdiam sebentar...berusaha memerah idea..cuba mengingati isi2 yang saya dapat dari ceramah-ceramah dan bahan bacaan yang saya pernah baca...tapi,akhirnya,hehehe...saya ambil keputusan telefon ke Malaysia,bertanyakan kepada salah seorang ustaz saya,ustaz saya ni seorang mualaf...baru 6 tahun jadi muslim,tapi dah boleh jadi ustaz,ajar kami pula,malu pun ada gak...pastu ustaz pun terangkan...ini hidayah Allah,jgn lepaskan macam tu jek...pasal putus hubungan keluarga,hubungan anak dan ayah tak pernah terputus walaupun berlainan agama...malah jadi berdosa plak kalu anak yang masuk Islam tu tak ambil berat kat parent dia..tukar nama plak,boleh letak nama keluarga sebelum binti Abdullah tu...contohnya: Siti Mariam Gan binti Abdullah...
Saya bertanya kepada Nuur,macamana akak boleh kenal dgn kawan akan tu....ceritanya....pada suatu hari..Nuur sedang menaiki sebuah bas untuk balik ke rumahnya,tiba2 datangla kawan dia tu,tanye,ade tak duit pecah coz dia nak bayar tambang bas...duit yang nak ditukar dalam jumlah yang agak besar...dan Nuur tak ada duit sebanyak tu untuk ditukar..nak dijadikan cerita, Nuur kasihan kat kawan dia tu,jadi Nuur berikan duit dia secara free kat kawan dia tu...lepas tu,kawan dia minta alamat emel Nuur...dari situ mereka banyak berbincang....dan untuk pengetahuan para pembaca sekalian,kawan Nuur tu seorang Cina yang ada masalah pedengaran dan pertuturan,jadi mereka hanya boleh berkomunikasi melalui sms atau emel sahaja..SUBHANALLAH,LAILAHAILLAH....saya takjub...sungguh ajaib,betullah firman Allah yang mana Allah akan berikan hidayah kepada mana-mana yang Dia mahu...dan disini,saya mula buat satu kesimpulan,akhlak dan adab Islam itu memeng yang terbaik,dan ia mampu membawa seseorang itu kepada Islam. Ini bertepatan dengan Rasulullah s.a.w yang mempunyai adab dan akhlak yang baik,sehinggakan Aisyah r.a menyifatkan Rasulullah s.a.w itu berakhlak dengan akhlak al-Quran.
Saya insaf...ya Allah,semoga Engkau perelokkan akhlakku,dan semoga aku sentiasa berada di bawah hidayahMu,hidupkan dan matikan aku dalam Islam....Amiin...