Ahad, 24 Februari 2013

Susahnya membentuk modal insan

Terkejut...terkesima...ter..dan bermacam-macam ter yang bermain di hati saya. Sebelum saya melangkah lebih jauh, terlebih dahulu ingin saya katakan bahawa saya sangat bersetuju dengan pendapat Hilal Asyraf, "Melihat 'amaran' sebegini, saya mula faham mengapa anak-anak muda sekarang makin hancur. Bila guru tidak dihormati, bagaimana mahu datangnya ilmu. Penjaga sepatutnya tahu, dan tidak memanjakan anak dengan melampau. Abah saya menghantar saya belajar ke Perlis, sedang rumah kami di Johor, tanpa sedikit pun amaran kepada guru-guru yang bakal mendidik saya. Tetapi kepada saya lah dilimpahkan pelbagai amaran dan nasihat, dan benda paling diulang-ulang adalah hormat kepada guru. Tetapi keratan akhbar ini, pada saya memalukan. Sungguh tidak saya hairan, mengapa kebanyakan remaja, pemuda-pemudi hari ini, tidak punya akhlak dan hanya tahu berhiburan."

Jika melihat perbezaan didikan yang diberikan  oleh ibu bapa sekarang berbanding dulu, saya hanya mampu menggeleng kepala.

................................................................................................................

Scene A:

 "Ummi, barang hilang la"

"Barang hilang? Siapa yang ambil ni? takpe, biar ummi pegi sekolah, jumpa warden!!!" 

jika dulu,

"Ummi, barang hilang. "

"barang hilang? Cari betul-betul, kalau tak jumpa ummi takkan beli yang baru."

Scene B:

"Ibu, tak boleh makan la makanan kat dewan makan tu. Tak boleh telan."

"Yeke..takpe..takpe...malam nanti ibu hantar makanan ye...kesian anak ibu ni.."

jika dulu,

"Ibu, tak boleh makan la makanan kat dewan makan tu. Tak boleh telan."

"Cuba la makan, ibu tak nak pegi hantar makanan. Ibu dah bayar yuran asrama, kakak kena paksa diri makan. "

............................................................................................................................

Sejak saya menjadi warden sebuah sekolah menengah agama di sini, saya mula tahu, mengapa dan kenapa ibu bapa saya dulu bertegas dengan saya. Kerana ketegasan mereka, akhirnya lahirlah saya yang boleh berdikari pada hari ini. Saya tidak suka mengharapkan bantuan orang lain, seboleh-bolehnya saya akan usahakan sendiri untuk mendapatkannya. Saya mampu hidup di bumi Mesir selama tiga tahun bersama rakan-rakan dan tidak merungut untuk pulang ke Malaysia, kerana saya tahu matlamat ibu bapa saya menghantar saya ke sana adalah untuk menuntut ilmu. Tetapi, anak-anak didik saya sekarang, seringkali mengadu untuk minta ditukarkan sekolah kerana tidak tahan berjauhan dengan keluarga. Aduh! saya mengeluh sendiri. Pening juga warden dan guru kelas memujuk. Pelbagai ragam. Seramai 160 orang pelajar perempuan, 160 jenis perangai. Manja. Mengada-ngada.

"Kenapa awak tak kutip baju yang jatuh dari ampaian tu?"

"Kalau kat rumah, bibik saya yang kutipkan. Ataupun mama akan belikan yang baru je...."

Kelu dan terdiam saya sebagai warden. Saya buntu. Alahai...macamana nak didik anak-anak ini? Mereka tidak di ajar untuk berhadapan dengan cabaran dunia global ketika di rumah, dan di sekolah serta di asrama pula, guru/warden juga dihalang untuk menyediakan mereka dengan ilmu/kemahiran berhadapan cabaran dunia global.

cik Wardah : Pening..pening... -_-!

 

 


Tiada ulasan: