Selasa, 26 Januari 2010

Dugaan....

Bila kau sedih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya yang ada,
bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira airmatamu itu,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu,
Allah sentiasa disisimu,
Bila kau telah mencuba segala-galanya tetapi tidak tahu tujuan,
Allah adalah jalan penyelesaiannya,
Bila sesuatu yang tak beerti berlaku kepadamu,keliru dan kecewa,
carilah Allah kerana Dia ada sinar jawapannya....

Dugaan dan ujian sentiasa datang menjengah dalam hidup kita, tidak kenal waktu. ujian itu datang dalam pelbagai bentuk, samaada dalam bentuk nikmat(kesenangan) ataupun kesusahan. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah,ayat 155 yang berbunyi :

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." 

Namun kita lebih nampak ujian itu adalah sesuatu yang menyebabkan kita bersedih, menangis dan tertekan. Mungkin kerana nikmat yang Allah berikan itu semuanya membuatkan kita gembira dan bersenang-lenang dengan dunia. Kita seharusnya lebih takut dengan ujian yang datang dalam bentuk nikmat kerana ia lebih bahaya, mampu membuat manusia lupa hakikat dirinya yang sebenar, jauh dari mengingati Allah swt. Cuba kita lihat sejarah Qarun dan Firaun. Mereka dianugerahkan kesenangan hidup dan pangkat,namun mereka telah kufur kepada Allah SWT.

Jika kita lihat dari sudut yang berbeza, ujian berbentuk kesusahan membawa diri manusia lebih dekat kepada Allah SWT. Mereka yang ditimpa ujian ini akan berusaha untuk bangun malam(qiamullail), banyak membaca Al-Quran dan melakukan ibadah-ibadah yang lain.

"Tarbiyyah Allah amat mahal.. Tak semua kasih sayangNYA terzahir melalui belaian.. Adakala ketegasan mampu mendidik kita lebih drpd kelembutan.. Allah lebih memahami kita daripada segala makhluk di dunia.. Maka,mengadulah padaNYA,tiap titisan airmata yg mengalir amat bernilai dan berharga disisi Allah.." 

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Ankabut,ayat 2:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak diuji?"

Setiap ujian yang hadir dalam hidup kita tidak lain adalah untuk meguji tahap keimanan, kesabaran dan tawakal kita terhadap Allah SWT. Namun ada segelintir manusia yang tewas dengan ujian yang datang, ada yang dilanda stress yang melampau dan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Setiap daripada kita seharusnya bersifat redha dalam menempuhi dan menerima ujian yang diberikan oleh Allah. Ada banyak hikmah kenapa kita di uji oleh Allah. Antaranya ialah untuk menambahkan tahap keimanan, mendidik kita menjadi manusia yang lebih sabar dan tabah, menjadikan diri kita lebih matang dalam menghadapi kerenah dunia pada masa akan datang dan mentarbiyah diri menjadi lebih baik.

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah,ayat 286:

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang mereka lakukan, dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang mereka lakukan. Mereka berdoa," ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

Kadang-kadang kita terfikir, kenapa aku selalu tak dapat apa yang aku minta? Aku minta untuk jadi seorang yang kuat,sabar dan tabah, namun Allah datangkan ujian yang membuatkan aku jadi lemah, rasa tak berdaya. Sebenarnya itulah tarbiyah Allah, ujian dan dugaan mampu mendidik kita menjadi seorang yang sabar dan tabah. Tak semestinya Allah beri apa yang kita mahu dalam bentuk yang kita mahu,tetapi Allah akan beri apa yang terbaik untuk kita. Jika Allah lambat mengabulkan doa, tidak bermaksud Allah tidak sayang kita, tetapi Allah sebenarnya mahu beri yang terbaik untuk kita. Firman Allah lagi dalam surah ali-Imran, ayat 216:

 "......Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan bolah jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Akhir kata, percayalah...Allah sentiasa beri yang terbaik untuk hambaNya. Ujian dan dugaan itu datang dari Allah, dan padaNya juga terdapat penyelesaian dan jawapan kepada setiap persoalan yang timbul. Maka, kembalilah kepadaNya.


 



 








1 ulasan:

JannahAmani berkata...

Bismillahirrahmanirrahiim….
Assalamualaikum wbt………

Wlaupn artikel ni utk acik, along ttp mrasainyer jg… so, sme2lh kte hdpinyer dgn ggih… sme2 kte jge hati kte dr ttik2 htam yg bleh mnjauhkan kte dr-NYA… na’uzubillahi min zalik… marilh kte sme2 jg ht kte spya sntiasa mengingati kte kpd ALLAH S.W.T. tdk kira kte sng ataupn ssh… Firman Allah S.W.T. dlm srh Baqarah ayat 152&153 yg b’bnyi: “ Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya AKU akan mengingatimu, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku. Hai orang2 yg beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang2 yg sabar. ” Ayat 152 itu mnnjukkan, jk kte sntiasa ingat Allah yakni berzikir. insyaAllah Allah akn sntiasa ingt kte jua tdk kre wktu.. dan ayt 153 pula, Allah sntisa bsme dgn org2 yg bsbr, insyaALLAh kte tglong dlm glongn ini… Wallahua’lam… =)