Sabtu, 21 Ogos 2010

Hidayah siri 2

         Benarlah hidayah itu milik Allah secara mutlak, kita manusia hanya mampu membuka laluan, berusaha menunjukkan keindahan dan kebenaran Islam dan yang menentukannya ialah Allah s.w.t. Sesungguhnya, Dia sebaik-baik perancang dan sebaik-baik pelaksana.

         Entry kali ini adalah sambungan dari entry yang saya post pada tahun lepas yang ber'title' hidayah, bertarikh 12 Disember 2009, Isnin. Saya akan ceritakan secara ringkas entry yang lepas kepada anda semua...dalam entry tersebut, saya  ada menceritakan mengenai seorang sahabat yang ingin kembali kepada Islam tetapi dihalang oleh keluarganya yang beragama Kristian. Saya pasti anda tertanya-tanya, kenapa ingin kembali kepada Islam? adakah dia telah Islam dan telah murtad dan ingin kembali kepada Islam...? Jawapannya, tidak sama sekali. Dia adalah seorang gadis yang beragama Kristian yang mana Allah telah campakkan hidayah ke dalam hatinya untuk kembali kepada Islam. Kenapa saya menggunakan istilah kembali? Bukan istilah masuk Islam? Kenapa? dan jawapannya adalah, Islam itu adalah agama asal bagi setiap manusia, Islam adalah agama fitrah namun yang mencorakkan anak-anak itu beragama yahudi atau nasrani adalah ibubapa mereka. Jika Islam ibubapa, maka Islam la anak-anak mereka. Jadi, bersyukurlah kita yang dilahirkan dalam keluarga Islam, hidayah Islam itu telah tersedia di hadapan mata kita, cuma menunggu kita untuk mengaplikasikannya dalam hidup...tetapi berbeza dengan mereka yang dilahirkan dalam keluarga yang bukan Islam. Mereka harus mencari dan memahami Islam.

          Ermmm, berbalik kepada kisah sahabat tadi, Alhamdulillah, saya telah dimaklumkan oleh ustazah saya bahawa sahabat yang beragama kristian itu telahpun kembali kepada agama fitrahnya pada bulan Jun 2010, beliau telah memilih nama Nur Hidayah. Kita sama-sama doakan beliau agar thabat dalam perjalanan yang penuh dugaan ini...yang pasti, saya menanti waktu untuk bersua dengan beliau...tidak sabar rasanya...

          Apa yang dapat saya ambil dari kisah beliau, bagaimana beliau mula mengenali Islam. Nur Hidayah bertemu dengan sahabat saya(kini housemate saya di Mesir) dalam sebuah bas, ketika itu Nur Hidayah minta untuk menukar duit kecil, namun sahabat saya  tidak mempunyai jumlah wang yang mencukupi untuk ditukarkan, tetapi sahabat saya telah memberi duit tambang kepada beliau. Lalu beliau mengambil nombor telefon sahabat saya dengan niat untuk mengganti kembali wang tersebut. Maka dari situlah, kisahnya bermula. Dari pengamatan saya terhadap sahabat saya itu, dia adalah seorang yang berakhlak baik, lemah lembut orangnya. Jadi tidak hairan orang mudah mesra dengannya. Disini, saya boleh membuat satu kesimpulan, akhlak yang baik adalah salah satu medium yang cukup baik untuk berdakwah kepada masyarakat di luar sana. Wallahu 'alam...


Tiada ulasan: