Sabtu, 21 Ogos 2010

Kembara Fayyoum

          Pada tarikh 28 Julai 2010, usai sahaja imtihan Tahun Satu, saya mengikuti satu jaulah (lawatan) ke satu tempat yang bersejarah di Ardil Kinanah ini, iaitu Fayyoum. Disini terdapat satu air terjun yang dalam bahasa arabnya, syalalat. Jangan sangka bumi arab yang dikenali dengan cuaca panas dan padang pasir tidak ada air terjun. Buktinya, saya telah melihat dengan mata saya sendiri, bukan dengan dua mata, tetapi dengan empat mata-campur spek mata saya la...hehehe....

Sepanjang perjalanan ke kawasan tersebut, kami terpaksa melalui padang pasir yang saujana mata memandang, pada masa tu saya terfikir, kalau la aku tersesat kat padang pasir ni, agak-agaknya, ada tak orang jumpa aku...?huhuhu...nk tgk gambar padang pasir? ni haa padang pasirnya....

padang pasir yang saujana mata memandang

         Selama ni saya hanya tengok dalam gambar, kat kalendar, kat internet, kat dalam rancangan National Geographic...sekarang, Allah dah bagi saya tengok secara live...ya Allah...luasnya nikmatMu....dan ini pula gambar air terjun. Subhanallah...hati saya terdetik, kalau ikut logik akal, mana logik kat tengah-tengah padang pasir ni boleh ada air terjun...tapi itu la kuasa Allah s.w.t yang tak terjangkau oleh akal fikiran kita.

air terjun kat fayyoum
Dari kawasan air terjun, kami beredar ke Tasik Qarun. Kisah Qarun mengikut sejarahnya, dia adalah seorang lelaki yang sangat miskin yang hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu hari, dia telah meminta agar Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah s.wt. agar diberi kesenangan, dan permintaannya telah dikabulkan. Bermula pada saat itu, dia menjadi sangat kaya, namun  kekayaan itu telah menjadikan dirinya lupa pada pemberi nikmat kaya itu sendiri. Dia enggan menunaikan zakat sedangkan itu adalah tuntutan agama. Akhirnya, dalam sekelip mata Allah tenggelamkan seluruh hartanya. Begitulah azab Allah kepada orang yang derhaka padaNya, yang lalai dalam melaksanakan suruhannya. Sekali lagi saya terpegun dengan kuasa Allah...sesungguhnya, Tasik Qarun ini sangat luas...dan dikatakan itulah luasnya kawasan dan harta yang dimiliki Qarun pada suatu masa dahulu...sungguh, Allah itu Maha Kaya...Subhanallah...

Tasik Qarun
Kemudian kami bergerak ke kebun mempelam. Tapi sayang, saya tak sempat mengambil gambar kebun tersebut kerana terlalu asyik bergambar di kawasan 'Ain Syilin, satu mata air yang Allah kurniakan pada masyarakat Arab di kawasan ini.
'Ain syilin (mata air)
Destinasi seterusnya ialah kawasan kincir air. Suatu masa dahulu kincir air ini digunakan untuk mengalirkan air diseluruh kawasan Fayyoum ini, namun pada hari ini, ia hanya dijadikan tempat pelancongan sahaja. Nak tengok gambar kincir air?

kincir air
Setakat yang saya dapat dari penerangan musyrif kami, Fayyoum ini adalah satu kawasan yang kaya dengan air, sehingga kerajaan pada masa tersebut terpaksa menimbus sebahagian darinya dengan pasir. Kerja-kerja menimbus itu mengambil masa selama seribu hari yang disebut dalam bahasa Arab, Alfu Ayyam, lama kelamaan sebutannya menjadi Fayyoum. Sekian cerita Jaulah Fayyoum secara ringkas dari saya...semoga anda terhibur...(^^,)

Tiada ulasan: